Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, February 28, 2012

Darah Sebuah Impian & Cita-cita


Aku hanyalah manusia biasa yang punya impian dan cita-cita
Impian dan cita-citaku dulu hanyalah anganan indah
Yang aku tau sukar untuk aku gapai
Yang aku tau sekadar mimpi 

Tapi kini, angan-angan itu sudah hampir kepadaku
Yang memisahkan hanyalah sempadan masa dan keringat
Banyak yang perlu aku korbankan demi mengejar sebuah impian
Wang, perkahwinan, keluarga dan sahabat

Adakah pengorbanan yang aku buat ini berbaloi?
Atau adakah ianya satu kesilapan besar yang pernah aku buat sepanjang hidupku?
Aku tidak mahu menyusahkan keluarga, sahabat dan insan tersayang
Hanya demi sebuah impian

Hanya semangat dari mama aku semat bersama 
Ini semua untuk mama
Demi mengubah hidup kami menjadi lebih baik
Demi mengubah pandangan masyarakat yang sering memandang rendah kepada keluarga kami
Demi menggembirakan insan bergelar mama

Walau sesukar mana perjalanan hidupku ini
Akan ku tempuh hingga ke akhirnya
Walaupun terpaksa membayarnya dengan darah
Teguhlah duhai hati
Tuhan sentiasa bersama kita
Jangan lalai dan alpa
Ini semua ketentuanNya



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...