Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Friday, September 30, 2011

Take The Time

Take the time...erm ada kawan aku share phrase ni dgn aku. Aku suka sgt bila baca sbb aku rasa ramai org lupa tentang ni dalam kehidupan. Jom kita tgk apa maksud sebenar phrase ni----->
LOVE
 
LAUGH
 

Friday, August 19, 2011

Kuih Raya Sendirian Berhad

Yeayy! Dah nak raya. Hehe. Orang sibuk buat amal ibadat bulan puasa, aku dok seronok nk raya plak. Macam bebudak. Ish2 anak sapa la ni. Heee. Bukan pe..waktu nak raya je, aku suka suasana meriah tu. Aku plak stail suka buat sendiri makanan-makanan waktu berbuka ataupun kuih raya. Memang meriah walaupun penat cikit.

 Agak-agak korang sedap tak kuih raya yang aku buat?? Nak tau sedap ke tak, dtg la raya rumah aku. Hehe. Sedap wooo jgn memain, aku pernah jual kuih yang aku wat sendiri. (Huhu perasan la plak). Tapi dorang tak repeat purchase pun. Yela aku buat dan jual kuih raya setahun je masa ngah tanam anggur dulu. Mana nak ada customer dah. Haha.


Tuesday, April 5, 2011

Selamat Tinggal Handphoneku :(

Dengar tajuk dia je dah cedih. Huwaaaaaa..buat pertama kalinya dalam hidup aku kehilangan handphone yang paling aku sayangi. Berbulan-bulan simpan duit nk beli phone tu. Sayang sangat tau. Banyak kenangan aku dengan handphone tu. Aku tak leh lupakan dia. Tolongggggggg.

Hari Ahad baru-baru ni..aku pergi jalan-jalan dengan ofismate aku. Dah lama tak rewang-rewang. Handphone aku letak dalam poket. Sepanjang hari aku tak sentuh langsung baby(handphone) aku ni. Dok je dalam poket. Sekali tu..pergi satu tempat ni..konon-kononnya nak tgk lagu apa dalam handphone. Pas tengok ja, tertinggal la baby kat atas kerusi. Aku tak sedar plak tu. Bila dah gerak ja..dalam sepuluh langkah, tiba-tiba aku tingat...

" Eh, mana baby aku?" . Seluk poket takde pun. "Alamak..tertinggal la, jom-jom patah balik".

Aku dengan kawan aku pun patah la balik. Tak sampai sepuluh langkah. Pegi-pegi cari jek, dah tak de kat kerusi tu. Macam kilat weh. Masa tu rasa cam nak nangis pun ada. Tengok CCTV pun xnampak. Aku leh agak saper yang ambik. Budak sebelah kitorang tu je. Pas kitorang patah balik, dia dah lesap. Kureng betul.

Kepada sapa-sapa yang ambik baby aku tu..pulangkan la balik (walaupun aku tau xde harapan dapat balik dah). Aku sayang woo handset tu. Dah setahun lebih aku pakai. Hari ni korang ambik harta orang, satu hari Allah ambik balik harta korang. Sekarang ni Allah bayar cash je. Nak senang lama mana? Tak kaya pun korang. Merana lagi adala.
Susah hati tau handphone ilang. Nanti pencuri tu mesti akan rasa apa yang aku rasa skrg.
 Walaupun semalam aku dah beli phone baru..tapi aku masih sayang phone lama aku tu. Aku masih tingat kat gelak tawa dia (ringtone), pada jeritan suara dia di awal pagi (alarm), pada sinar mata dia yang menayangkan gambar boifren-boifren aku yang hensem-hensem (heeeee lwk ja) dan semua la. Aku takkan lupakan my baby. Luve you so much. Kau tetap dalam ingatanku. Selamat tinggal :(
Ni la baby yg ilang tu:(

Sunday, March 13, 2011

LeLaKi EmO

Salam. Bila baca statement kat atas, bunyinya cam nk ngutukk kaum yang satu lagi je. Haha. Fikir sendiri la kan. Bukan nak ngutuk cuma nak share pendapat je. Bukan semua kaum yang satu ni macam tu. Mungkin dorang ni ego. Leh faham lagi. Tapi kalau emo plak..aku malas layan sebenarnya. Aku tau lelaki pun ada hati dan perasaan tapi jangan la lebey-lebey plak ngalahkan pompuan.


Bagi aku..kaum lelaki ni sepatutnya cool, matang, mampu kawal perasaan dam mampu atasi konflik. Sebab tu lah lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. Pemimpin masyarakat, pemimpin rumah tangga. Talak pun kat tangan lelaki sebab azalinya lelaki tak emo berbanding perempuan. Masalahnya, lain plak jadi. Aku tak bleh terima la.Sikit-sikit marah..then merajuk. Tak bleh blah. Huhu.

Sebagai perempuan, kitorang mengharapkan lelaki membimbing kitorang, menasihati, tapi terbalik lak jadinya. Huh tak tahan cmni beb. Kalau tanya kaum lelaki, dorang memang tak ska pompuan terlalu emo. Same with us. Lelaki emo..lagi la tak layan. SOrrrryyy la eh. Go and find another person (bagi aku la kalau laki tu boifren aku..heeee)
Salah sikit ja marah
Takat sikit2 hal tu, pandai-pandai la settle sendiri. Bawa berbincang. Tak perlu la canang kat semua orang awak tu dah buat keputusan yang sangat baik. Kononnya dasyat sangat la tu dapat buat keputusan camtu?? Sangat keanak-anakan. Aku zaman dulu ada gak wat keje camtu. Tapi tu dulu, waktu muda-muda, darah panas lagi. Sekarang dah mampu berfikir dengan matang (rasanya). Come on guys, aku yang perempuan dan belum kawin pun dah tau berfikir, takkan korang yang dah agak kertu (ops sorry kalau sesiapa terasa hehe) tak leh handle your own feeling kot.

Yang mana tak elok tu..buang la jauh-jauh. Setiap hari kita cuba menjadi yang lebih baik. Pandangan dan pendapat orang yang mana elok tu, fikir-fikirkanla. Jangan la dok ego, sombong sangat, rasa kita dah perfect. Tak nak dengar pendapat orang yang masih muda. Jadilah lelaki acuan Al-Quran. Wasalam:)

Friday, March 4, 2011

Jangan Bercinta Lama-lama

Aku tertarik dengan artikel yang aku baca dari metro hari ni. Setiap 15 minit, ada perceraian yang berlaku di Malaysia. Kalau boleh benda mesti dibendung..kalau tak, rosak la institusi rumah tangga. Banyak yang akan merana terutama anak-anak. Jom baca artikel ni-->
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bercinta terlalu lama sebelum melangsungkan perkahwinan antara punca utama mendorong ramai pasangan suami isteri mengambil jalan perceraian sekiranya berhadapan sebarang masalah.
Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, percintaan mengambil masa bertahun-tahun menyebabkan rumah tangga hilang kemanisan dan tiada makna, ditambah segala dosa pernah dilakukan ketika bercinta.

Beliau berkata, perbuatan zina sebelum kahwin juga menjadi faktor pasangan mudah bercerai berikutan mereka tidak dapat menghargai pasangan serta perkahwinan sebagai anugerah Allah.

“Pergaulan bebas menyebabkan berlaku zina dan ada yang berkahwin semata-mata terlanjur sedangkan ia dilakukan secara terpaksa kononnya hendak bertanggungjawab atau menjaga maruah, maka dengan mudah mereka mahu bercerai sekiranya berlaku sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Robiah berkata, selain itu, faktor pasangan curang atau suami dikahwini sudah berkahwin juga faktor keruntuhan institusi perkahwinan.

Beliau berkata, pasangan yang bermasalah juga terlalu mudah melafazkan kata cerai sedangkan mereka tidak pernah merujuk terlebih dulu kepada kedua-dua orang tua untuk nasihat atau pakar kaunselor menyelesaikan pertelagahan.


“Ada yang baru enam bulan berkahwin sudah berubah hati dan rasa tidak sanggup lagi hendak meneruskan perkahwinan berikutan mereka ini tiada ilmu belajar hidup berdua, berkongsi, bertolak ansur dan menerima pasangan seadanya.

“Ada juga bercerai kerana duduk berjauhan sehingga pasangan main kayu tiga.

Beliau berkata, pasangan perlu belajar hidup berkongsi, bekerjasama, menerima pasangan seadanya, bertolak-ansur dan tidak sekali-kali mengungkit, ikhlas dan tahu mengurus emosi.

“Tidak kurang juga campur tangan pihak ketiga, selalunya daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka tidak tahu apa-apa dan mengajar hingga akhirnya anak bercerai,” katanya.


# So..pada yang dah lama bercinta tu..cepat-cepat la kawen ye. Mengenali pasangan pas kawen, lebih manis tau. Heeee. Aku pun nasihat kat diri sendiri sebenarnnya. Yang mana baik ambik..yang buruk toksah ikut. Wasalam..caucinceee.  Jom Kawinnn..

Tuesday, March 1, 2011

Saper yang Lahir Bulan Mei??

Lamanya tak update blog ni. Aku cuti minggu lepas. Then banyak plak exhibition. Tak sempat nak update. Ni baru ada masa. Aku nk share dengan korang tentang sesuatu yang menarik perhatian aku. Kawan aku masa kt UiTM, Akma telah mentagged aku di facebook tentang ciri-ciri orang yang lahir pada bulan Mei.

Sebab apa aku excited sangat? Tentula sebab aku dilahirkan dalam bulan Mei. Haha. Korang ni macam tak faham-faham plak. "Rahsia Bulan Kelahiran" ni dikaji oleh pakar motivasi yang sangat aku admire iaitu Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Nak tau cemana perangai aku...jom kita tgk calon2 nya. Heeeee------>

"Degil dan keras hati * Kuat semangat dan bermotivasi tinggi *  Pemikiran yang tajam * Mudah marah apabila tidak dikawal * Pandai menarik hati dan perhatian orang lain * Perasaan yang amat mendalam * Cantik dari segi fizikal dan mental * Tidak perlu dimotivasikan * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain * Mudah dipujuk * Bersikap sistematik * Suka berangan * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu * Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit * Daya khayalan yang tinggi * Pandai berdebat * Fizikal yang baik * Kelemahan sistem pernafasan * Suka sastera, seni, muzik dan suka melancong * Tidak berapa suka duduk di rumah * Tidak boleh duduk diam * Tidak punya ramai anak * Rajin dan bersemangat tinggi * Agak boros "

Kebanyakan dari ciri-ciri yang Dr. Fadzilah ni cakap..memang sama dengan perangai aku. 89% betul. So, sesapa nk kenal aku lebih lagi, baca la ciri-ciri ni. Hehe. Bulan-bulan yang lain, nti aku try cari. Ok semua..caucinceee.

Sunday, January 30, 2011

My Prince Charming


Salam. Hai every one. Aku baru abis meeting tadi. Punye la lama sampai perut pun da bunyi lagu dangdut. Heee. Tingat plak teh dangdut Kak Tina, office mate aku order tadi. Nampak sedap je. Rasa cam teh biasa cuma presentation dia tu menarik.

Cakap pasal presentation and appearance, apa yang membuatkan korang terpikat dengan seseorang? Sebab handsome, bergaya, tapi perangai k.o. ke atau korang tak kisah rupa paras, yang penting hati mau baik? Bagi aku la kan, rupa pun penting gak. Doesn’t matter handsome sangat ke tak, yang penting aku leh terima dia seadanya. Betul tak? Betul betul betul. Hehe. Hari ni aku saje suke2 nak share dengan korang prince charming idaman aku. 

Sedap mata memandang. 
Mesti korang nak cakap aku ni pentingkan paras rupa kan? Bukan lor. Tak perlu la handsome sangat, kiranya bila aku tengok je, aku rasa tenang..aku leh terima. Beauty is in the eyes of the beholder. Benda tu subjektif. Kadang-kadang kalau handsome sangat pun payah nak jaga, ramai peminat. Heeee. Tapi kalau korang tanya pelakon atau penyanyi yang aku minat sapa. Pelakon lelaki ni paling aku minat. Ok tak?

Beriman 
Beriman tu maknanya buat apa yg disuruh, tinggal apa yg dilarang. So that nanti dia yang akan didik aku ke jalan yg diredhai. Tapi apa yang aku nampak sejak kebelakangan ni, perempuan plak yang kena tarbiah lelaki. Majlis-majlis agama banyak kaum hawa. Cmno ni? Majlis-majlis ilmu dan agama lelaki pupus gak ke? Hihi. Kena wat gerakan kepupusan ni. Heeee.  Tapi jangan plak agama ok tapi perangai plak teruk. Tak seimbang jadinya. Macam hipokrit plak. Nampak baik tapi..perangai mak aii, beruk pun kalah. Haha.

Bekerjaya 
Napa aku cakap bekerjaya? Aku tak nak la aku plak yang sponsor dorang. Kalau dah isteri kerja, suami dok umah plak. Letih la. Pastu nanti jadi Queen Control, kaum-kaum lelaki plak marah. At least dia tau cari kerja. Berniaga ke pape ke. Janji halal. Taknak jenis lepak dok umah. Pastu minta duit isteri. Hangin aku jenis ni. Nauzubillah. Lagipun kan kewajipan lelaki bagi nafkah. Isteri boleh membantu. Kitorang xde hal.

Romantik & Penyabar 
Aku suker jenis ni. Romantik tu pun subjektif. Aku paling suka orang caring. Manja-manja. Bukan la asyik nak ada dengan aku je. Rimas gak rasanya. Huhu. Pandai2 la kan. Aku xberapa suka lelaki jenis kasar waktu cakap dengan aku. Aku ni jenis sensitip. Kalau lelaki tu tak suka aku majuk2, cakap la lembut2 dengan aku. Nak tegur pun ada cara eh. Bukan main blasah jew. Hehe. Penyabar tu plak sebab aku ni jenis tak sabar. So, dia kene seimbangkan aku la. Jangan panas baran. Aku anti org panas baran nih. 


Berterus-terang
Aku paling menci orang yang sker tipu. Asal cakap je nak kelentong. Cakap pusing2. Aku sker orang yang terus-terang. Bercakap benar. Aku ni jenis lurus bendul. Sebab tu orang sker tipu aku. Tapi sekarang aku lebih berhati-hati. Siap la lelaki-lelaki kat luar tu kalau tipu aku. Aku smack up 100 kali baru tau. Huhu.

Aku rasa yang tu je kot ciri-ciri yang aku suka. Owh ada satu lagi. Aku suka lelaki peramah. Tapi bukan over peramah sampai cakap pun ntah pape je. Maksud aku peramah yang pandai bawak diri sebab aku ni pendiam skit. Hehe

Nasihat aku kepada insan-insan diluar yang mahu mencari kekasih ataupun suami/isteri, anda tidak akan dapat mencari calon yang sempurna tapi carilah calon yang dapat menyempurnakan hidup anda.  
 

Monday, January 24, 2011

Berlagak Betul Mamat Tue

Hai semua. Dok wat kije ke? Kalau letih tu, rehat2 la minda jap baca blog aku. Ngeh ngeh ngeh. Aku nak share satu story masa aku kat ofis minggu lepas. Aku biasa la kan, kalau tak ada exhibition atau event, dok ofis je la merancang sesuatu untuk department aku. Aktiviti masa kat opis ialah rombongan ke toilet. Itu kira perkara normal bagi aku sebab aku dok kawasan London (sejuk tak hengat) haha. Maksud aku, work station aku lor. Air-cond betul2 atas kepala. Bila dah ke toilet, aku kena lalui satu lorong gelap menuju ke sana. Perhatian..aku bukan nak citer pasal kisah hantu kat toilet atau pape. Korang mesti bajet cam citer hantu kan? Huhu. Bukan daa. Aku nk citer kisah opis mate aku yang tak berapa nk ada adab.
Camni citer dia. Bila nk g toilet, aku terserempak la dengan mamat ni. Aku tgk la dia, tanda hormat. Kan satu opis. Tau pe tindakan dia?? Leh wat tak tau pastu siap tunduk pandang karpet je. Apa kes mamat ni? Karpet tu kawan awk ke? Karpet tu ke nak tolong awk kalau awk ada masalah?  Igt I nk mengorat you ke? Hellloooo sorryyy not my taste ok. Awk ni kaum pe?? Agama pe?? Sama je dengan aku. Dah la keje berbulan-bulan tak penah tegur dengan aku. Padahal dok sebelah menyebelah je. Jangankan tegur, senyum pun tak. Tak penah lagi aku jumpa org cmni.


Belajar manners tak? Jangan la dok bagi alasan tak reti, tak tau, atau pun dah perangai dia macam tu. Hello..kita ni dah dewasa, dah berakal. Yang mana tak elok tu, tinggalkan la. Ambik yang elok je. Dari zaman sekolah lagi, cikgu-cikgu dah didik kita adab sopan. Bukan nyer kene bayar pun. Kalau korang jenis ada gam kat mulut, tak nak cakap pun senyum sudah la. Kaum lain pun tau hormat orang.Kalau tak boleh ubah perangai, tak kan la orang zaman jahiliah boleh berubah? Fikir-fikirkan la. Kalau malu sangat, wat je cm kat bwh ni. Baru betul.


Bila korang wat sombong camtu, korang ingat orang nak heran ke? Sorry ok. Tak selamanya korang senang. Waktu korang susah and perlukan bantuan, baru la nk senyum, nak tegur orang. Tak rasa malu ke bro? Manusia sekeliling kita ni la yang nak tolong kita waktu kita susah. Jadi, tak rugi kalau kita tegur-tegur orang. Senyum pun jadilah. Tak kan ofis mate pun xkenal. Kalau 'kaler' lain tu...aku tak kisah la sangat. Tapi aku tetap senyum. Kalau dorang sombong lantak dorang la kan.



In conclusion, berubah la perangai tu. Tak rugi pun. Dapat pahala lagi. Betul tak? Betul betul betul. Heeee. Ok la..aku pun nak sambung wat keje ni. Caucinceee.

Wednesday, January 19, 2011

Cinta Yang Kian Pudar

Salam. Tetiba rasa nk curahkan perasaan dalam blog la plak kan. Pagi2 dh start blogging. Cemana ni? Keje tak buat pun lagi. Hehe. Nak keje perlu mood dulu. Ni cam start up la kan? Dah panas, baru keje leh lancar je. Kan..kan..kan? Heeee. Saje nk ckp bab cinta pudar ni. 










Korang yang pernah bercinta mesti penah rasa perasaan ni kan? Mula-mula bercinta, bagai nak rak. Ayat bukan main, dari hati keras cam batu jadi cair. Pas dah sebulan couple, dah tak sama. Dah tak mesra cam dulu. Kadang2 sakit ati gak jadi camni. Bila kita bagitau, dia bagi plak alasan macam2. Haaa aku cakap pasal diri aku ke? Jeng jeng jeng. Ada la cikit2 tpi kebanyakannya dari pengalaman aku sendiri dan cerita kawan-kawan.




Lelaki ke perempuan yang selalu memudarkan cinta? Aku rasa dua2 pun sama je. Bergantung pada individu sebenarnya. Tetapi, ada tapi gak..dari pengalaman aku, lelaki yang mudah berubah. Bukan berubah cinta tapi berubah layanan. Perempuan ni, kalau dah cinta, takes time nak berubah. Nak ucap cinta, kitorang lambat skit. Lelaki ni nak cepat je, pastu tak leh maintain. 


Bila tanya napa tak macam dulu?? Dia akan jawab, "Abang still macam dulu. Perasaan abang xpernah berubah". Ceyy ayat, tak tahan. Aku lakonkan je balik kan. Haha. Faham tak golongan-golongan ni? (bukan semua lelaki eh?) Kata boleh diucap, bila-bila masa je. Tapi hati, kitorang xnampak.  

Macam mana nak rasa cinta kalau tak rasa macam dicintai. Mcam tak ada perasaan. Tapi kata cinta. Sebab tu la kita selalu kena semarakkan cinta. Kalau tak, lama-lama dia sejuk la. Sama gak macam air, memula panas, bila dah lama sejuk. Cemana nak pastikan dia selalu panas, kena la panaskan. Ada faham??. Bila perempuan dah cari orang lain yang lebih menghargai, korang kata kitorang curang. Ada ke patut??

Bila dah jadi camni kan susah
Bila aku cakap bab semarakkan cinta ni, tak payah la jadi romantik kalau korang memang dah tak reti ataupun korang rasa geli nk romantik. Cukup dengan perbuatan yang biasa-biasa yang buat orang tu rasa dicintai. Walaupun mulut korang cakap cinta, tapi hati orang tu tak rasa pun cam korang cinta kat dia, percayalah cakap aku. Dia tak akan lama dengan korang. 



Satu lagi, dalam bercinta ni, korang kena la sama-sama usaha semarakkan cinta tu. Jangan la sebelah pihak je. Sebelah yang satu lagi, macam tak de perasaan. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tepuk meja memang berbunyi tapi lma mana sangat nak bertahan. Lama-lama tangan pun sakit. At last, benti tepuk meja. Sama gak dengan perasaan. Bila dia rasa dia je yang dok usaha, jadi romantik, ambil berat, bagi hadiah, banyak berkorban, lama-lama bila dia rasa penat, dia benti. So, pihak yang sebelah lagi pun perlu la sama-sama mempertahankan cinta. Baru la pengorbanan tu penuh ikhlas dan tak terasa. Percayalah cakap aku.



Aku ni bukan doktor cinta. Aku tulis dari pengalaman dan pembacaan aku. Tapi seingat aku la kan, kawan-kawan yang ada masalah cinta selalu akan refer kat aku walaupun masa tu aku ni tak pernah ada boifren lagi. Leh gitu? Huhu.

So, kepada sesiapa yang mempunyai kekasih hati, sayangilah dia melalui perbuatan. Walaupun tanpa ucapan, tapi itu lebih bermakna. Kalau diungkap, lagi bertambah-tambah sayang dia kat korang. Jangan bila dah takde baru nak nyesal. Tak guna dah. Ok guys, ambik yang mana korang rasa baik, yang buruk tak yah ikut eh. Good luck. Wasalam.


Thursday, January 13, 2011

Maskot Upin dan Ipin..Tomei tomei tomei.

Hai semua..saya Upin dan ini adik saya Ipin. Heeee. Comel kan skrip ni?? Aku suka sgt kartun ni. Sangat comel dan menitik beratkan dialog serta kesesuaian suara dgn karakter. Tak mcm sesetengah kartun yg dialog dia dengar cm baca berita jek. Kaku..pergerakan pun slow. Boring. Upin dan Ipin tak..sbb tu la dorang ni fofular sampai luar negara. Kan3.
Geram aku tgk bebudak ni..
Nak di pendekkan cerita..cerita ni baru nk start daa..hihi. Aku dan team marketing kat opis aku nk wat event kat area Gurun. Disebabkan minat yang teramat dengan karekter kartun ni..aku pun bagi cadangan untuk ajak dorang memeriahkan event kami. Mmg gempak abis wei. Not only because the mascot but also our team effort. Thanks to all especially kru-kru yg bukan dalam team marketing yang bersusah payah tlg kitorg cam abg Sham, abg Sam, abg Rizal, Hamzan, kak Ila, Aishah, kak Pah, kak Tina, kak Ani, kak Ta, pakcik Sobri, pakcik Mail, dan ramai lagi la yg mgkin aku terlupa sebut. Thanks sgt2. Love u all so much. Muahhh. hihi.


Ini la team terkuat kat opis aku. Heee. Thanks a lot guys. Sebelah abg pakai cap tu la Azidi. Cam penah tgk kan??
Kami panggil gak adik Azidi (Juara Studio Bintang Kecil musim Pertama) untuk nyanyi. Suara mmg power beb. Tak rugi panggil. Malam mmg meriah sangat2. Orang ramai gila dtg. Aku igt tak de org dah nk dtg sbb waktu Maghrib je, sunyi sepi. Seb baik mlm tu rmai. Sampai ada yg berdiri luar khemah. Thanks to penduduk Taman Ria Mesra sbb memeriahkan majlis kami. Tak caya?? Tgk gambar kat bwh nih.

Beshnyer dpt bergambar dgn maskot. yeaaaaaa.
Rmai nyer org. Event power.
Ramai bebudak nk join program bersama Upin & Ipin
Gempak tak program kita org ni? Tu la aku ckp xcaye..hehe. Ok la kan. Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa. Ok lah..aku rase setakat tu je aku nk kongsi citer dgn korang hari ni. Ada keje plak nk wat ni. Ok guys..chow. Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...