Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 30, 2011

My Prince Charming


Salam. Hai every one. Aku baru abis meeting tadi. Punye la lama sampai perut pun da bunyi lagu dangdut. Heee. Tingat plak teh dangdut Kak Tina, office mate aku order tadi. Nampak sedap je. Rasa cam teh biasa cuma presentation dia tu menarik.

Cakap pasal presentation and appearance, apa yang membuatkan korang terpikat dengan seseorang? Sebab handsome, bergaya, tapi perangai k.o. ke atau korang tak kisah rupa paras, yang penting hati mau baik? Bagi aku la kan, rupa pun penting gak. Doesn’t matter handsome sangat ke tak, yang penting aku leh terima dia seadanya. Betul tak? Betul betul betul. Hehe. Hari ni aku saje suke2 nak share dengan korang prince charming idaman aku. 

Sedap mata memandang. 
Mesti korang nak cakap aku ni pentingkan paras rupa kan? Bukan lor. Tak perlu la handsome sangat, kiranya bila aku tengok je, aku rasa tenang..aku leh terima. Beauty is in the eyes of the beholder. Benda tu subjektif. Kadang-kadang kalau handsome sangat pun payah nak jaga, ramai peminat. Heeee. Tapi kalau korang tanya pelakon atau penyanyi yang aku minat sapa. Pelakon lelaki ni paling aku minat. Ok tak?

Beriman 
Beriman tu maknanya buat apa yg disuruh, tinggal apa yg dilarang. So that nanti dia yang akan didik aku ke jalan yg diredhai. Tapi apa yang aku nampak sejak kebelakangan ni, perempuan plak yang kena tarbiah lelaki. Majlis-majlis agama banyak kaum hawa. Cmno ni? Majlis-majlis ilmu dan agama lelaki pupus gak ke? Hihi. Kena wat gerakan kepupusan ni. Heeee.  Tapi jangan plak agama ok tapi perangai plak teruk. Tak seimbang jadinya. Macam hipokrit plak. Nampak baik tapi..perangai mak aii, beruk pun kalah. Haha.

Bekerjaya 
Napa aku cakap bekerjaya? Aku tak nak la aku plak yang sponsor dorang. Kalau dah isteri kerja, suami dok umah plak. Letih la. Pastu nanti jadi Queen Control, kaum-kaum lelaki plak marah. At least dia tau cari kerja. Berniaga ke pape ke. Janji halal. Taknak jenis lepak dok umah. Pastu minta duit isteri. Hangin aku jenis ni. Nauzubillah. Lagipun kan kewajipan lelaki bagi nafkah. Isteri boleh membantu. Kitorang xde hal.

Romantik & Penyabar 
Aku suker jenis ni. Romantik tu pun subjektif. Aku paling suka orang caring. Manja-manja. Bukan la asyik nak ada dengan aku je. Rimas gak rasanya. Huhu. Pandai2 la kan. Aku xberapa suka lelaki jenis kasar waktu cakap dengan aku. Aku ni jenis sensitip. Kalau lelaki tu tak suka aku majuk2, cakap la lembut2 dengan aku. Nak tegur pun ada cara eh. Bukan main blasah jew. Hehe. Penyabar tu plak sebab aku ni jenis tak sabar. So, dia kene seimbangkan aku la. Jangan panas baran. Aku anti org panas baran nih. 


Berterus-terang
Aku paling menci orang yang sker tipu. Asal cakap je nak kelentong. Cakap pusing2. Aku sker orang yang terus-terang. Bercakap benar. Aku ni jenis lurus bendul. Sebab tu orang sker tipu aku. Tapi sekarang aku lebih berhati-hati. Siap la lelaki-lelaki kat luar tu kalau tipu aku. Aku smack up 100 kali baru tau. Huhu.

Aku rasa yang tu je kot ciri-ciri yang aku suka. Owh ada satu lagi. Aku suka lelaki peramah. Tapi bukan over peramah sampai cakap pun ntah pape je. Maksud aku peramah yang pandai bawak diri sebab aku ni pendiam skit. Hehe

Nasihat aku kepada insan-insan diluar yang mahu mencari kekasih ataupun suami/isteri, anda tidak akan dapat mencari calon yang sempurna tapi carilah calon yang dapat menyempurnakan hidup anda.  
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...