Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 5, 2013

Review Majlis Pertunangan #2: Vendor

Tanggal 5 Oktober 2013, makanya aku pun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati yang kini bergelar Hincik Tunang. Hihi. Alhamdulillah. Mudah-mudahan urusan selepas ini dipermudahkan. Aminnn. Entry lepas aku ada cerita persiapan majlis pertunangan yang memenatkan tu kan. Aku banyak mengeluh je kan entry lepas. Tak tau bersyukur langsung. Wacaaaa!

Ampun dan maaf dipinta pada saudara mara dan kengkawan yang telah banyak membantu tapi aku tak mention pun. Aku asyik marah je sampai lupa nak say thanks. Aku emo sangat masa tu.Ingat tak lagi aku ada sebut pasal saudara mara dekat yang "no komen" tu? Kalau tak ingat baca sini. Waduh2 bukan semua ya. Segelintir je. Tak termasuk family Mak Teh dan Pak Andak:) A big thanks to mak sedara yang tersayang dan family iaitu Mak Teh aku dan sepupu aku yang bernama Mahathir dan isteri serta anak. Terima kasih kerana sudi datang dan banyak membantu. Then bawak macam-macam buah tangan lagi. Sorry sangat hari tu tak sempat nak snap pic sesama sebab cam klang kabut sangat hari tu. Otak jadi blur jap. Sempat snap dengan anak kome je. So cute. Hehe. Nanti masa kawin, kita snap pic ramai-ramai tau. Then, thanks jugak dekat Pak Andak dan family sebab datang dua kali. 1st, masa majlis tahlil dan kenduri arwah. 2nd masa majlis pertunangan aku. Ni je la bapa sedara yang tinggal termasuk mama, out of 7. Yang lain dah meninggal dunia :(

Ok, dah setel permohonan maaf secara terbuka. Hehe. Aku ni kadang-kadang otak blur jap. Cakap ikut emosi je kan, pastu banyak yang lupa nak sebut. SORRY TAU! Berbalik kepada hari pertunangan tu, kali ni aku nak cerita sekitar majlis pertunangan ni dan vendor yang aku pilih bagi merealisasikan impian aku yang tak seberapa ni. Hehe. Majlis aku ni start selepas Zohor, plan asalnya lebih kurang pukul 3 petang. Tapi disebabkan beberapa masalah, terpaksa diawalkan. Seawal pagi mama dengan kakak ipar aku dah busy memasak. Sayang u olls ketat2:) Kitorang buat simple je, bihun goreng dengan kuih. Just a small ceremony. Tak de khemah apa pun. Aku apa lagi kan..jaga badan je lah. Huhu. Ok, tak nak cakap banyak, jom kita review.
Teruskan membaca click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...