Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, October 22, 2013

Review Majlis Pertunangan #1-Very Tiring Yet Precious Moments

Fuhh penat gilos! Eh, lupa plak! Assalamualaikum readers. Sihat tak u olls? Kiter sihat je tapi penat. Mahap la sesangat sebab slalu tak leh nk update blog ceciput ni. Dok janji nk update at least satu article sehari pun tak dapek. Apa nk buat busy dengan thesis and persiapan majlis pertunanganku. Apa?? Dah nak tunang? Eh, bukan muda lagi ka? kikiki sangat muda la u olls. I baru 19 tahun. Perasan sangat! Sila jangan muntah. Kuang kuang kuang :p

Okies berbalik kepada persiapan tunang tadi, mak penat gila nyah. Huhu. Aku ingat, kemas-kemas rumah ni kejap je. Rupa-rupanya banyak benda nak buat. Baju, mini pelamin, make up aku dah survey dan book awal-awal sebab tak nak klang kabut kan. (Next entry aku akan review vendor-vendor ni k). Kemas rumah dan mengecat je pun tapi punya la penat dan tak sempat nak buat semua tu. Phewww. Seminggu gak la nk buat semua tu plus benda-benda yang aku DIY cam beli barang hantaran, hias hantaran, kemas bilik, beli barang makanan becoz my mom akan masak sendiri for the kenduri. DIY sbb bajet ciput yunk. Yang mana leh save tu, aku cuba save. Kalau dah mintak tolong, orang tak nak tolong, terpaksa la aku upah orang. Apo nak buek. "Ko cakap tadi banyak keje Mia, sikit je pun. Ala..kalau family kitorang, buat ramai-ramai tak la penat,". Haaa meh sini nak story apa yang terjadi.
  
Please click read more 


First of all, aku nk mengecat rumah. Sebabnya rumah aku ni keadaan dah uzur la yunk. Taman perumahan yang dah lama dan bahagian hadapan rumah, takde buat renovation. Dah ada tetamu nk datang, kena la hias rumah bagi elok sikit kan? Tak caya tgk pic ni. Teruk kan keadaan rumah.

Waaaaa teruks kan u olls

Waduh-waduh berat sih

Pagar batu nak kena sembur dengan air guna pump special. Aku dengan mama pegi sewa kat kedai. Dorang charge sehari RM70. Bayangkan kitorang yg gegirl ni guna pump tu sendiri. Ni ha water pump tu. Just FYI for those yang nak cuci pagar rumah. Hehe


Then, beli cat untuk cat grill. Grill la paling leceh sebab grill rumah aku terlalu complicated. Cat plak guna brush je..bkn spray. Hambek ko...sakit kaki 4 hari 4 malam. Selamat telan Ostematriks Shaklee. Memang cepat hilang sakit-sakit kaki. Macam magik u olls. Cemana Ostematrik ni bagi hilang sakit-sakit kaki dan sendi ni? Jom kita baca. Kalau ada yang berminat..boleh consult dengan aku ye. Best price guaranteed.
 

Ok, jom sambung cerita. Macam mana aku tak sakit kaki, dinding rumah lagi nak cat. Bersihkan halaman, alih pasu-pasu besar, cuci longkang, mop lantai. Itu baru keje rumah, lom masuk bab beli barang hantaran, decorate sendiri, gi ambik dulang sendiri, tambah lagi kena gi beli barang-barang nak masak, basuh bekas-bekas isi makanan. Keje-keje ni juz me, my mom, my brother and sister in law je yang buat. Bayangkan! Aku yang busy dengan thesis lagi. Kena stop for a while dan fokus kepada persiapan pertunangan ni.

Selamat abg kesayangan aku datang tolong. Penat wooo. Abang pun sorang jek..keje dia pun banyak..saper lagi nak tolong. Nak harap sedara mara yang dekat..ermmmm no komen. Sabo je lah. Nak jengah pun jarang-jarang sekali, ni kan plak nk mintak tolong. Dorang akan datang only if they need our help. (Maaf kalau ada terasa, ni realiti). Aku tak nak mengungkit, tapi sesungguhnya aku terasa dan terkilan dengan segelintir sikap manusia yang lupa daratan, ego, angkuh, dan yang paling aku benci sikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Lebih-lebih lagi, they have treated my own mother like that. I never raised my voice when I'm talking to your parents. So please do respect my mom. Dah macam-macam my mom tabur budi kat dorang. Tak perlu aku kupas satu persatu. Biar je aku, family dan Allah je yang tau. Mak sedara kalau tegur/marah tu sebab dia sayang kat kita. Jangan ambik hati, orang tua-tua macam tu la..kadang-kadang sensitif. One day you will become older. Alwez remember what goes around comes around. Tak pe, Allah itu Maha Adil.

Jiran-jiran pun bukan cam masyarakat kampung yang jenis rewang, datang awal tolong apa yang patut. Kita minta datang awal pun, tak nak datang. Datang untuk makan jek. Letih ambo. Sabar je, ini ketentuannya. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Just smile and move on. Ops, lama dah aku melalut ni ek. Tu je la persiapan majlis pertunangan aku. For next entry, aku akan ceritakan vendor aku untuk majlis ni dan the ceremony. How was it going. Stay tuned :)

Nak order VITAMIN SHAKLE??

sms@whatsapp Mia : 019-5253783

BEST PRICE GUARANTEED!!

Kalau tak caya, mai try test tgk! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...