Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 5, 2013

Review Majlis Pertunangan #2: Vendor

Tanggal 5 Oktober 2013, makanya aku pun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati yang kini bergelar Hincik Tunang. Hihi. Alhamdulillah. Mudah-mudahan urusan selepas ini dipermudahkan. Aminnn. Entry lepas aku ada cerita persiapan majlis pertunangan yang memenatkan tu kan. Aku banyak mengeluh je kan entry lepas. Tak tau bersyukur langsung. Wacaaaa!

Ampun dan maaf dipinta pada saudara mara dan kengkawan yang telah banyak membantu tapi aku tak mention pun. Aku asyik marah je sampai lupa nak say thanks. Aku emo sangat masa tu.Ingat tak lagi aku ada sebut pasal saudara mara dekat yang "no komen" tu? Kalau tak ingat baca sini. Waduh2 bukan semua ya. Segelintir je. Tak termasuk family Mak Teh dan Pak Andak:) A big thanks to mak sedara yang tersayang dan family iaitu Mak Teh aku dan sepupu aku yang bernama Mahathir dan isteri serta anak. Terima kasih kerana sudi datang dan banyak membantu. Then bawak macam-macam buah tangan lagi. Sorry sangat hari tu tak sempat nak snap pic sesama sebab cam klang kabut sangat hari tu. Otak jadi blur jap. Sempat snap dengan anak kome je. So cute. Hehe. Nanti masa kawin, kita snap pic ramai-ramai tau. Then, thanks jugak dekat Pak Andak dan family sebab datang dua kali. 1st, masa majlis tahlil dan kenduri arwah. 2nd masa majlis pertunangan aku. Ni je la bapa sedara yang tinggal termasuk mama, out of 7. Yang lain dah meninggal dunia :(

Ok, dah setel permohonan maaf secara terbuka. Hehe. Aku ni kadang-kadang otak blur jap. Cakap ikut emosi je kan, pastu banyak yang lupa nak sebut. SORRY TAU! Berbalik kepada hari pertunangan tu, kali ni aku nak cerita sekitar majlis pertunangan ni dan vendor yang aku pilih bagi merealisasikan impian aku yang tak seberapa ni. Hehe. Majlis aku ni start selepas Zohor, plan asalnya lebih kurang pukul 3 petang. Tapi disebabkan beberapa masalah, terpaksa diawalkan. Seawal pagi mama dengan kakak ipar aku dah busy memasak. Sayang u olls ketat2:) Kitorang buat simple je, bihun goreng dengan kuih. Just a small ceremony. Tak de khemah apa pun. Aku apa lagi kan..jaga badan je lah. Huhu. Ok, tak nak cakap banyak, jom kita review.
Teruskan membaca click read more


1) Make up
MUA aku adalah Istana Mahligai. Butik ni dekat Taman Tuanku Haminah. Service tiptop dan make up very flawless u olls. Aku terus transform jadi Transformers. Haha. Takde la..from ugly duckling to swan princess. Cewahh konon. Alhamdulillah make up dia tantek
.
Before
After

Banyak perubahan kan? Kawan-kawan semua tegur kata nampak lain dan tak kenal dah aku. Huhu. For those who interested nak colaborate dengan dorang, boleh add fb dorang Istana Mahligai. Area Sungai Petani dan kawasan sewaktu dengannya. Boss dia Fird Zool..nice guy dan sangat peramah. Senang nak berurusan. Make up, done. Satisfied 120%.

2) Outfit (Baju)
Untuk baju plak, memula aku ingat nak beli ja. Pegi survey, sampai 2-3 rat, fuhhh maheinya. Fikir-fikir balik, sewa je la. Kebetulan yang sangat best sebab kawan baik aku baru bukak butik pengantin. So, dia ada sewakan baju yang sangat gojes. Ramai puji baju tu cantik. Photog aku cakap tak pernah lagi dia jumpa baju camni selama dia ambik gambar. Macam baju nikah pun ye. Huhu, aminnnnn masin mulut ko dik. Harga sewa baju tu sangat affordable plus owner butik yang ohsem dan menepati masa dan cita rasa aku. Lupa plak nk mention nama butik my bestie. Butik Zara Amani Decouture. Boleh tengok blog dia http://zaraamanidecouture.blogspot.com/ dan add fb Zara Amani Decouture. Sekarang tengah promo untuk musim wedding, pakej perkahwinan dengan baju baru. Cantikkkk sangat, aku dah tengok. Aku ni beletiaq panjang-panjang, baju nye mano? Tak tunjuk pun...ok ok meh aku tunjuk..



3) Mini Pelamin
Ops yang ni banyak argument sebenarnya. Banyak yang komen membazir la..buat grand sangat la. Hehe, takpe I understand. Aku pun memula fikir camtu gak. Cam membazir pulok kan. Slalu orang buat dalam bilik je. Masalah sekarang ni, bilik aku ni barang banyak bebenor. Dah tu nak kemas pun takde masa. Macam mana nak kemas kalau semua benda kena buat sendiri kan? Sapa plak nak hias bilik? Memang tak sempat. Lagi satu aku takut ada orang panggil sarung cincin kat luar. Alamak, nak pi dok tang mana plak? Nebes mak. So, tak nak fikir serabut, aku suh je butik buat. Haaaa tapi ni butik lain tau. Bukan butik yang sama. Mesti korang pelik..apa la si Mia ni, tunang je dah pakai 3 butik. Hehehe, aku kan cerewet. Pastu nak save kos..sebab tu la cenggini jadinya. Seriously majlis ni sangat kecik dan tertutup bak kata orang..ceewwaaah macam retis. Sangat simple u olls. Sampaikan pihak lelaki dah nak sampai pun masih takde orang kat rumah aku. Ngeh ngeh ngeh. Mula dah beletiaq panjang, ok ok cut it short, mini pelamin ni aku suruh Chenta Bridal House buat. Cantik dan price sangat affordable. Butik ni slalu penuh, sangat ramai orang berebut booking. Boleh tengok blog : Chenta Bridal House dan add fb: Tengku Wani Tengku Nazai (Owner). Ni pic pelamin yg channteq ittew (for me la sbb less is more).


Aku rasa itu je la kot vendor yang aku pakai untuk engagement aku ni. Yang lain aku DIY je. Hantaran pun sama. Nanti aku letakkan pic lagi k. Sekarang dah mengantuk plak. Owhhh ada lagi satu aku terlupa, OP aku daaaa. Pic yang cantik ni, sapa photog nyer? Hehehe. Lupa plak. Ok ok aku review untuk next entry k, bersama dengan pic yang aku nk upload lagi tu. Lagi pun entry ni dah panjang bebenor. Nanti korang bohsan plak. Ok you guys..hope u enjoy reading my blog yang bersawang ini! Bahasa tunggang langgang daa. Adios and Salam:)

2 comments:

  1. Thanks Rara. Alhamdulillah menjadi. Actually MUA ni menang pertandingan make up, terus mia booking:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...