Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 30, 2011

My Prince Charming


Salam. Hai every one. Aku baru abis meeting tadi. Punye la lama sampai perut pun da bunyi lagu dangdut. Heee. Tingat plak teh dangdut Kak Tina, office mate aku order tadi. Nampak sedap je. Rasa cam teh biasa cuma presentation dia tu menarik.

Cakap pasal presentation and appearance, apa yang membuatkan korang terpikat dengan seseorang? Sebab handsome, bergaya, tapi perangai k.o. ke atau korang tak kisah rupa paras, yang penting hati mau baik? Bagi aku la kan, rupa pun penting gak. Doesn’t matter handsome sangat ke tak, yang penting aku leh terima dia seadanya. Betul tak? Betul betul betul. Hehe. Hari ni aku saje suke2 nak share dengan korang prince charming idaman aku. 

Sedap mata memandang. 
Mesti korang nak cakap aku ni pentingkan paras rupa kan? Bukan lor. Tak perlu la handsome sangat, kiranya bila aku tengok je, aku rasa tenang..aku leh terima. Beauty is in the eyes of the beholder. Benda tu subjektif. Kadang-kadang kalau handsome sangat pun payah nak jaga, ramai peminat. Heeee. Tapi kalau korang tanya pelakon atau penyanyi yang aku minat sapa. Pelakon lelaki ni paling aku minat. Ok tak?

Beriman 
Beriman tu maknanya buat apa yg disuruh, tinggal apa yg dilarang. So that nanti dia yang akan didik aku ke jalan yg diredhai. Tapi apa yang aku nampak sejak kebelakangan ni, perempuan plak yang kena tarbiah lelaki. Majlis-majlis agama banyak kaum hawa. Cmno ni? Majlis-majlis ilmu dan agama lelaki pupus gak ke? Hihi. Kena wat gerakan kepupusan ni. Heeee.  Tapi jangan plak agama ok tapi perangai plak teruk. Tak seimbang jadinya. Macam hipokrit plak. Nampak baik tapi..perangai mak aii, beruk pun kalah. Haha.

Bekerjaya 
Napa aku cakap bekerjaya? Aku tak nak la aku plak yang sponsor dorang. Kalau dah isteri kerja, suami dok umah plak. Letih la. Pastu nanti jadi Queen Control, kaum-kaum lelaki plak marah. At least dia tau cari kerja. Berniaga ke pape ke. Janji halal. Taknak jenis lepak dok umah. Pastu minta duit isteri. Hangin aku jenis ni. Nauzubillah. Lagipun kan kewajipan lelaki bagi nafkah. Isteri boleh membantu. Kitorang xde hal.

Romantik & Penyabar 
Aku suker jenis ni. Romantik tu pun subjektif. Aku paling suka orang caring. Manja-manja. Bukan la asyik nak ada dengan aku je. Rimas gak rasanya. Huhu. Pandai2 la kan. Aku xberapa suka lelaki jenis kasar waktu cakap dengan aku. Aku ni jenis sensitip. Kalau lelaki tu tak suka aku majuk2, cakap la lembut2 dengan aku. Nak tegur pun ada cara eh. Bukan main blasah jew. Hehe. Penyabar tu plak sebab aku ni jenis tak sabar. So, dia kene seimbangkan aku la. Jangan panas baran. Aku anti org panas baran nih. 


Berterus-terang
Aku paling menci orang yang sker tipu. Asal cakap je nak kelentong. Cakap pusing2. Aku sker orang yang terus-terang. Bercakap benar. Aku ni jenis lurus bendul. Sebab tu orang sker tipu aku. Tapi sekarang aku lebih berhati-hati. Siap la lelaki-lelaki kat luar tu kalau tipu aku. Aku smack up 100 kali baru tau. Huhu.

Aku rasa yang tu je kot ciri-ciri yang aku suka. Owh ada satu lagi. Aku suka lelaki peramah. Tapi bukan over peramah sampai cakap pun ntah pape je. Maksud aku peramah yang pandai bawak diri sebab aku ni pendiam skit. Hehe

Nasihat aku kepada insan-insan diluar yang mahu mencari kekasih ataupun suami/isteri, anda tidak akan dapat mencari calon yang sempurna tapi carilah calon yang dapat menyempurnakan hidup anda.  
 

Monday, January 24, 2011

Berlagak Betul Mamat Tue

Hai semua. Dok wat kije ke? Kalau letih tu, rehat2 la minda jap baca blog aku. Ngeh ngeh ngeh. Aku nak share satu story masa aku kat ofis minggu lepas. Aku biasa la kan, kalau tak ada exhibition atau event, dok ofis je la merancang sesuatu untuk department aku. Aktiviti masa kat opis ialah rombongan ke toilet. Itu kira perkara normal bagi aku sebab aku dok kawasan London (sejuk tak hengat) haha. Maksud aku, work station aku lor. Air-cond betul2 atas kepala. Bila dah ke toilet, aku kena lalui satu lorong gelap menuju ke sana. Perhatian..aku bukan nak citer pasal kisah hantu kat toilet atau pape. Korang mesti bajet cam citer hantu kan? Huhu. Bukan daa. Aku nk citer kisah opis mate aku yang tak berapa nk ada adab.
Camni citer dia. Bila nk g toilet, aku terserempak la dengan mamat ni. Aku tgk la dia, tanda hormat. Kan satu opis. Tau pe tindakan dia?? Leh wat tak tau pastu siap tunduk pandang karpet je. Apa kes mamat ni? Karpet tu kawan awk ke? Karpet tu ke nak tolong awk kalau awk ada masalah?  Igt I nk mengorat you ke? Hellloooo sorryyy not my taste ok. Awk ni kaum pe?? Agama pe?? Sama je dengan aku. Dah la keje berbulan-bulan tak penah tegur dengan aku. Padahal dok sebelah menyebelah je. Jangankan tegur, senyum pun tak. Tak penah lagi aku jumpa org cmni.


Belajar manners tak? Jangan la dok bagi alasan tak reti, tak tau, atau pun dah perangai dia macam tu. Hello..kita ni dah dewasa, dah berakal. Yang mana tak elok tu, tinggalkan la. Ambik yang elok je. Dari zaman sekolah lagi, cikgu-cikgu dah didik kita adab sopan. Bukan nyer kene bayar pun. Kalau korang jenis ada gam kat mulut, tak nak cakap pun senyum sudah la. Kaum lain pun tau hormat orang.Kalau tak boleh ubah perangai, tak kan la orang zaman jahiliah boleh berubah? Fikir-fikirkan la. Kalau malu sangat, wat je cm kat bwh ni. Baru betul.


Bila korang wat sombong camtu, korang ingat orang nak heran ke? Sorry ok. Tak selamanya korang senang. Waktu korang susah and perlukan bantuan, baru la nk senyum, nak tegur orang. Tak rasa malu ke bro? Manusia sekeliling kita ni la yang nak tolong kita waktu kita susah. Jadi, tak rugi kalau kita tegur-tegur orang. Senyum pun jadilah. Tak kan ofis mate pun xkenal. Kalau 'kaler' lain tu...aku tak kisah la sangat. Tapi aku tetap senyum. Kalau dorang sombong lantak dorang la kan.



In conclusion, berubah la perangai tu. Tak rugi pun. Dapat pahala lagi. Betul tak? Betul betul betul. Heeee. Ok la..aku pun nak sambung wat keje ni. Caucinceee.

Wednesday, January 19, 2011

Cinta Yang Kian Pudar

Salam. Tetiba rasa nk curahkan perasaan dalam blog la plak kan. Pagi2 dh start blogging. Cemana ni? Keje tak buat pun lagi. Hehe. Nak keje perlu mood dulu. Ni cam start up la kan? Dah panas, baru keje leh lancar je. Kan..kan..kan? Heeee. Saje nk ckp bab cinta pudar ni. 










Korang yang pernah bercinta mesti penah rasa perasaan ni kan? Mula-mula bercinta, bagai nak rak. Ayat bukan main, dari hati keras cam batu jadi cair. Pas dah sebulan couple, dah tak sama. Dah tak mesra cam dulu. Kadang2 sakit ati gak jadi camni. Bila kita bagitau, dia bagi plak alasan macam2. Haaa aku cakap pasal diri aku ke? Jeng jeng jeng. Ada la cikit2 tpi kebanyakannya dari pengalaman aku sendiri dan cerita kawan-kawan.




Lelaki ke perempuan yang selalu memudarkan cinta? Aku rasa dua2 pun sama je. Bergantung pada individu sebenarnya. Tetapi, ada tapi gak..dari pengalaman aku, lelaki yang mudah berubah. Bukan berubah cinta tapi berubah layanan. Perempuan ni, kalau dah cinta, takes time nak berubah. Nak ucap cinta, kitorang lambat skit. Lelaki ni nak cepat je, pastu tak leh maintain. 


Bila tanya napa tak macam dulu?? Dia akan jawab, "Abang still macam dulu. Perasaan abang xpernah berubah". Ceyy ayat, tak tahan. Aku lakonkan je balik kan. Haha. Faham tak golongan-golongan ni? (bukan semua lelaki eh?) Kata boleh diucap, bila-bila masa je. Tapi hati, kitorang xnampak.  

Macam mana nak rasa cinta kalau tak rasa macam dicintai. Mcam tak ada perasaan. Tapi kata cinta. Sebab tu la kita selalu kena semarakkan cinta. Kalau tak, lama-lama dia sejuk la. Sama gak macam air, memula panas, bila dah lama sejuk. Cemana nak pastikan dia selalu panas, kena la panaskan. Ada faham??. Bila perempuan dah cari orang lain yang lebih menghargai, korang kata kitorang curang. Ada ke patut??

Bila dah jadi camni kan susah
Bila aku cakap bab semarakkan cinta ni, tak payah la jadi romantik kalau korang memang dah tak reti ataupun korang rasa geli nk romantik. Cukup dengan perbuatan yang biasa-biasa yang buat orang tu rasa dicintai. Walaupun mulut korang cakap cinta, tapi hati orang tu tak rasa pun cam korang cinta kat dia, percayalah cakap aku. Dia tak akan lama dengan korang. 



Satu lagi, dalam bercinta ni, korang kena la sama-sama usaha semarakkan cinta tu. Jangan la sebelah pihak je. Sebelah yang satu lagi, macam tak de perasaan. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tepuk meja memang berbunyi tapi lma mana sangat nak bertahan. Lama-lama tangan pun sakit. At last, benti tepuk meja. Sama gak dengan perasaan. Bila dia rasa dia je yang dok usaha, jadi romantik, ambil berat, bagi hadiah, banyak berkorban, lama-lama bila dia rasa penat, dia benti. So, pihak yang sebelah lagi pun perlu la sama-sama mempertahankan cinta. Baru la pengorbanan tu penuh ikhlas dan tak terasa. Percayalah cakap aku.



Aku ni bukan doktor cinta. Aku tulis dari pengalaman dan pembacaan aku. Tapi seingat aku la kan, kawan-kawan yang ada masalah cinta selalu akan refer kat aku walaupun masa tu aku ni tak pernah ada boifren lagi. Leh gitu? Huhu.

So, kepada sesiapa yang mempunyai kekasih hati, sayangilah dia melalui perbuatan. Walaupun tanpa ucapan, tapi itu lebih bermakna. Kalau diungkap, lagi bertambah-tambah sayang dia kat korang. Jangan bila dah takde baru nak nyesal. Tak guna dah. Ok guys, ambik yang mana korang rasa baik, yang buruk tak yah ikut eh. Good luck. Wasalam.


Thursday, January 13, 2011

Maskot Upin dan Ipin..Tomei tomei tomei.

Hai semua..saya Upin dan ini adik saya Ipin. Heeee. Comel kan skrip ni?? Aku suka sgt kartun ni. Sangat comel dan menitik beratkan dialog serta kesesuaian suara dgn karakter. Tak mcm sesetengah kartun yg dialog dia dengar cm baca berita jek. Kaku..pergerakan pun slow. Boring. Upin dan Ipin tak..sbb tu la dorang ni fofular sampai luar negara. Kan3.
Geram aku tgk bebudak ni..
Nak di pendekkan cerita..cerita ni baru nk start daa..hihi. Aku dan team marketing kat opis aku nk wat event kat area Gurun. Disebabkan minat yang teramat dengan karekter kartun ni..aku pun bagi cadangan untuk ajak dorang memeriahkan event kami. Mmg gempak abis wei. Not only because the mascot but also our team effort. Thanks to all especially kru-kru yg bukan dalam team marketing yang bersusah payah tlg kitorg cam abg Sham, abg Sam, abg Rizal, Hamzan, kak Ila, Aishah, kak Pah, kak Tina, kak Ani, kak Ta, pakcik Sobri, pakcik Mail, dan ramai lagi la yg mgkin aku terlupa sebut. Thanks sgt2. Love u all so much. Muahhh. hihi.


Ini la team terkuat kat opis aku. Heee. Thanks a lot guys. Sebelah abg pakai cap tu la Azidi. Cam penah tgk kan??
Kami panggil gak adik Azidi (Juara Studio Bintang Kecil musim Pertama) untuk nyanyi. Suara mmg power beb. Tak rugi panggil. Malam mmg meriah sangat2. Orang ramai gila dtg. Aku igt tak de org dah nk dtg sbb waktu Maghrib je, sunyi sepi. Seb baik mlm tu rmai. Sampai ada yg berdiri luar khemah. Thanks to penduduk Taman Ria Mesra sbb memeriahkan majlis kami. Tak caya?? Tgk gambar kat bwh nih.

Beshnyer dpt bergambar dgn maskot. yeaaaaaa.
Rmai nyer org. Event power.
Ramai bebudak nk join program bersama Upin & Ipin
Gempak tak program kita org ni? Tu la aku ckp xcaye..hehe. Ok la kan. Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa. Ok lah..aku rase setakat tu je aku nk kongsi citer dgn korang hari ni. Ada keje plak nk wat ni. Ok guys..chow. Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...