Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Sunday, March 13, 2011

LeLaKi EmO

Salam. Bila baca statement kat atas, bunyinya cam nk ngutukk kaum yang satu lagi je. Haha. Fikir sendiri la kan. Bukan nak ngutuk cuma nak share pendapat je. Bukan semua kaum yang satu ni macam tu. Mungkin dorang ni ego. Leh faham lagi. Tapi kalau emo plak..aku malas layan sebenarnya. Aku tau lelaki pun ada hati dan perasaan tapi jangan la lebey-lebey plak ngalahkan pompuan.


Bagi aku..kaum lelaki ni sepatutnya cool, matang, mampu kawal perasaan dam mampu atasi konflik. Sebab tu lah lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. Pemimpin masyarakat, pemimpin rumah tangga. Talak pun kat tangan lelaki sebab azalinya lelaki tak emo berbanding perempuan. Masalahnya, lain plak jadi. Aku tak bleh terima la.Sikit-sikit marah..then merajuk. Tak bleh blah. Huhu.

Sebagai perempuan, kitorang mengharapkan lelaki membimbing kitorang, menasihati, tapi terbalik lak jadinya. Huh tak tahan cmni beb. Kalau tanya kaum lelaki, dorang memang tak ska pompuan terlalu emo. Same with us. Lelaki emo..lagi la tak layan. SOrrrryyy la eh. Go and find another person (bagi aku la kalau laki tu boifren aku..heeee)
Salah sikit ja marah
Takat sikit2 hal tu, pandai-pandai la settle sendiri. Bawa berbincang. Tak perlu la canang kat semua orang awak tu dah buat keputusan yang sangat baik. Kononnya dasyat sangat la tu dapat buat keputusan camtu?? Sangat keanak-anakan. Aku zaman dulu ada gak wat keje camtu. Tapi tu dulu, waktu muda-muda, darah panas lagi. Sekarang dah mampu berfikir dengan matang (rasanya). Come on guys, aku yang perempuan dan belum kawin pun dah tau berfikir, takkan korang yang dah agak kertu (ops sorry kalau sesiapa terasa hehe) tak leh handle your own feeling kot.

Yang mana tak elok tu..buang la jauh-jauh. Setiap hari kita cuba menjadi yang lebih baik. Pandangan dan pendapat orang yang mana elok tu, fikir-fikirkanla. Jangan la dok ego, sombong sangat, rasa kita dah perfect. Tak nak dengar pendapat orang yang masih muda. Jadilah lelaki acuan Al-Quran. Wasalam:)

Friday, March 4, 2011

Jangan Bercinta Lama-lama

Aku tertarik dengan artikel yang aku baca dari metro hari ni. Setiap 15 minit, ada perceraian yang berlaku di Malaysia. Kalau boleh benda mesti dibendung..kalau tak, rosak la institusi rumah tangga. Banyak yang akan merana terutama anak-anak. Jom baca artikel ni-->
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bercinta terlalu lama sebelum melangsungkan perkahwinan antara punca utama mendorong ramai pasangan suami isteri mengambil jalan perceraian sekiranya berhadapan sebarang masalah.
Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, percintaan mengambil masa bertahun-tahun menyebabkan rumah tangga hilang kemanisan dan tiada makna, ditambah segala dosa pernah dilakukan ketika bercinta.

Beliau berkata, perbuatan zina sebelum kahwin juga menjadi faktor pasangan mudah bercerai berikutan mereka tidak dapat menghargai pasangan serta perkahwinan sebagai anugerah Allah.

“Pergaulan bebas menyebabkan berlaku zina dan ada yang berkahwin semata-mata terlanjur sedangkan ia dilakukan secara terpaksa kononnya hendak bertanggungjawab atau menjaga maruah, maka dengan mudah mereka mahu bercerai sekiranya berlaku sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Robiah berkata, selain itu, faktor pasangan curang atau suami dikahwini sudah berkahwin juga faktor keruntuhan institusi perkahwinan.

Beliau berkata, pasangan yang bermasalah juga terlalu mudah melafazkan kata cerai sedangkan mereka tidak pernah merujuk terlebih dulu kepada kedua-dua orang tua untuk nasihat atau pakar kaunselor menyelesaikan pertelagahan.


“Ada yang baru enam bulan berkahwin sudah berubah hati dan rasa tidak sanggup lagi hendak meneruskan perkahwinan berikutan mereka ini tiada ilmu belajar hidup berdua, berkongsi, bertolak ansur dan menerima pasangan seadanya.

“Ada juga bercerai kerana duduk berjauhan sehingga pasangan main kayu tiga.

Beliau berkata, pasangan perlu belajar hidup berkongsi, bekerjasama, menerima pasangan seadanya, bertolak-ansur dan tidak sekali-kali mengungkit, ikhlas dan tahu mengurus emosi.

“Tidak kurang juga campur tangan pihak ketiga, selalunya daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka tidak tahu apa-apa dan mengajar hingga akhirnya anak bercerai,” katanya.


# So..pada yang dah lama bercinta tu..cepat-cepat la kawen ye. Mengenali pasangan pas kawen, lebih manis tau. Heeee. Aku pun nasihat kat diri sendiri sebenarnnya. Yang mana baik ambik..yang buruk toksah ikut. Wasalam..caucinceee.  Jom Kawinnn..

Tuesday, March 1, 2011

Saper yang Lahir Bulan Mei??

Lamanya tak update blog ni. Aku cuti minggu lepas. Then banyak plak exhibition. Tak sempat nak update. Ni baru ada masa. Aku nk share dengan korang tentang sesuatu yang menarik perhatian aku. Kawan aku masa kt UiTM, Akma telah mentagged aku di facebook tentang ciri-ciri orang yang lahir pada bulan Mei.

Sebab apa aku excited sangat? Tentula sebab aku dilahirkan dalam bulan Mei. Haha. Korang ni macam tak faham-faham plak. "Rahsia Bulan Kelahiran" ni dikaji oleh pakar motivasi yang sangat aku admire iaitu Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Nak tau cemana perangai aku...jom kita tgk calon2 nya. Heeeee------>

"Degil dan keras hati * Kuat semangat dan bermotivasi tinggi *  Pemikiran yang tajam * Mudah marah apabila tidak dikawal * Pandai menarik hati dan perhatian orang lain * Perasaan yang amat mendalam * Cantik dari segi fizikal dan mental * Tidak perlu dimotivasikan * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain * Mudah dipujuk * Bersikap sistematik * Suka berangan * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu * Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit * Daya khayalan yang tinggi * Pandai berdebat * Fizikal yang baik * Kelemahan sistem pernafasan * Suka sastera, seni, muzik dan suka melancong * Tidak berapa suka duduk di rumah * Tidak boleh duduk diam * Tidak punya ramai anak * Rajin dan bersemangat tinggi * Agak boros "

Kebanyakan dari ciri-ciri yang Dr. Fadzilah ni cakap..memang sama dengan perangai aku. 89% betul. So, sesapa nk kenal aku lebih lagi, baca la ciri-ciri ni. Hehe. Bulan-bulan yang lain, nti aku try cari. Ok semua..caucinceee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...