Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Friday, March 4, 2011

Jangan Bercinta Lama-lama

Aku tertarik dengan artikel yang aku baca dari metro hari ni. Setiap 15 minit, ada perceraian yang berlaku di Malaysia. Kalau boleh benda mesti dibendung..kalau tak, rosak la institusi rumah tangga. Banyak yang akan merana terutama anak-anak. Jom baca artikel ni-->
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bercinta terlalu lama sebelum melangsungkan perkahwinan antara punca utama mendorong ramai pasangan suami isteri mengambil jalan perceraian sekiranya berhadapan sebarang masalah.
Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, percintaan mengambil masa bertahun-tahun menyebabkan rumah tangga hilang kemanisan dan tiada makna, ditambah segala dosa pernah dilakukan ketika bercinta.

Beliau berkata, perbuatan zina sebelum kahwin juga menjadi faktor pasangan mudah bercerai berikutan mereka tidak dapat menghargai pasangan serta perkahwinan sebagai anugerah Allah.

“Pergaulan bebas menyebabkan berlaku zina dan ada yang berkahwin semata-mata terlanjur sedangkan ia dilakukan secara terpaksa kononnya hendak bertanggungjawab atau menjaga maruah, maka dengan mudah mereka mahu bercerai sekiranya berlaku sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Robiah berkata, selain itu, faktor pasangan curang atau suami dikahwini sudah berkahwin juga faktor keruntuhan institusi perkahwinan.

Beliau berkata, pasangan yang bermasalah juga terlalu mudah melafazkan kata cerai sedangkan mereka tidak pernah merujuk terlebih dulu kepada kedua-dua orang tua untuk nasihat atau pakar kaunselor menyelesaikan pertelagahan.


“Ada yang baru enam bulan berkahwin sudah berubah hati dan rasa tidak sanggup lagi hendak meneruskan perkahwinan berikutan mereka ini tiada ilmu belajar hidup berdua, berkongsi, bertolak ansur dan menerima pasangan seadanya.

“Ada juga bercerai kerana duduk berjauhan sehingga pasangan main kayu tiga.

Beliau berkata, pasangan perlu belajar hidup berkongsi, bekerjasama, menerima pasangan seadanya, bertolak-ansur dan tidak sekali-kali mengungkit, ikhlas dan tahu mengurus emosi.

“Tidak kurang juga campur tangan pihak ketiga, selalunya daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka tidak tahu apa-apa dan mengajar hingga akhirnya anak bercerai,” katanya.


# So..pada yang dah lama bercinta tu..cepat-cepat la kawen ye. Mengenali pasangan pas kawen, lebih manis tau. Heeee. Aku pun nasihat kat diri sendiri sebenarnnya. Yang mana baik ambik..yang buruk toksah ikut. Wasalam..caucinceee.  Jom Kawinnn..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...