Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Saturday, July 20, 2013

Nak Kurus! Nak Kulit Cantik Flawless! ... "My 1st Trial"

Hai uollz. Assalamualaikum Warahmatullah,

Semua wanita di Malaysia sekarang ni nak kurus dan kulit flawless kan. Cam aku la. Bak kata org Kedah, lambat lepa ja orang iklan, mesti nak beli. Berapa RM dah aku abis sebab ni. Rugi duit je rasa kadang-kadang tapi sebab nak cantik kan? Cantik ke I? Hikhik perasannnn sangat. Cantik kan subjektif, lebih utama untuk kesihatan. Dah macam-macam produk aku try. Kadang-kadang macam tak rasa apa-apa je. Frust, tapi aku keep going, don't simply quit sebab kita kena berusaha sampai dapat jumpa dengan produk yang sesuai dan efektif. Finally I found it. Produk apa tu ye? Jeng..jeng..jeng...surprise.

Please click read more

Thursday, July 18, 2013

I Have To Block You My Dear Friend Lah Sangat!

Assalamualaikum Warahwatullah,
Bersua lagi kita dalam rancangan..Ape-ape jelah. Haha mengarut je aku kan? Just be myself. Tak payah tiru-tiru or berlakon kan. Yezza. Mesti korang pelik dengan tajuk entry aku kali ni? Block apa pulak ni? Kita kan antara pengguna Facebook tegar. So, gunakan la apa application yang ada dalam tu. Ok cut it short. Aku sudah berada di tahap kesabaran paling maksima melayan kerenah kawan-kawan. Bila dah pissed off..maka begini la jadinya. Kena la block dengan aku.


Alkisahnya begini. Kawan aku ni kira antara kawan baik aku masa degree dulu. Aku pun tak sangka perangai dia macam ni. Ku kira dia baik dan peramah sangat. Rupa-rupanya aku salah sangka la geng. Dia kawan masa senang je. Bila kita berkepentingan, baru dia baik sangat-sangat dengan kita. Masa aku susah dulu..dia sampai tak nak bercakap dengan aku even kami sebilik. Waktu tu aku sewa satu bilik dengan dia. 1st month kerja, jadinya gaji lom dapat. Aku tak dapat bayar sewa rumah dan aku minta tolong dia bayarkan dulu. Tapi aku dah mentioned awal-awal yang aku tak mampu bayar masa tu. Aku ingat nak tumpang tidur je kat ruang tamu rumah dia. Aku bayar la murah sikit kan. Tapi dia cakap tak pe dia tolong bayarkan sebab dia perlukan roomate waktu tu. Aku pun ok la kan. Tapi lepas tu lain jadinya. Sedih aku nak cerita. Tapi aku nak cerita gak. Hehe. Haip sedih-sedih mana boleh gelak.

Please click read more  

Thursday, July 4, 2013

Cara Mengatasi Bibir Kering

Assalamualaikum Warahmatullah..
Apa mimpi malam ni kan tetiba hupdate blog. Blog ni dah lebih tahap bersawang dah. Dah kena cat balik dah ni. Lama sangat tak berblogging. Hehehe. Asyik jadik silent reader jer kan. Sebab rasa cam malas nk share benda-benda privacy. Tapi bila tengok blog orang len tantik-tantik, teringin la pulok kan. Tak pe, kita cuba tengok mlm ni apa jadik.

Mesti korang pening, 'tang' mana cerita bibir kering ni. Aku asyik merewang cerita lain je kan. Ok2 kita sambung tajuk hari ni. Aku memang ada masalah bibir kering ni dari kecik lagi. Letak la apa pun, lip gloss ke, lipstick ke, lip ice ke tetap tak nak jadi. Bukan setakat kering je, siap berdarah lagi sebab aku suka tarik. Adush..pedih beb. Tapi dah jadi habit. Acaner. Hehe. Ada sorang kawan aku  masa sekolah menengah dulu bagi petua, Syuhaida kot nama dia. Ada sesapa ingat tak? Huhu. Dia cakap bibir dia pun kering gak dulu. Tapi pas dia sapu madu, bibir dia dah ok sekarang ni. Aku pun cam interested dan nk try. Tapi sampai la umur dah 28 tahun, tak try-try gak. Sebab pe, sebab aku malas nk beli madu. Aku jarang makan madu, sebab tak nak bermadu. Ops...nauzubillah. Hehe gurau je, aku jarang makan madu ni. Pastu selalu mahal plak. Jadi asyik tertangguh je la.

Please click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...