Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Thursday, July 4, 2013

Cara Mengatasi Bibir Kering

Assalamualaikum Warahmatullah..
Apa mimpi malam ni kan tetiba hupdate blog. Blog ni dah lebih tahap bersawang dah. Dah kena cat balik dah ni. Lama sangat tak berblogging. Hehehe. Asyik jadik silent reader jer kan. Sebab rasa cam malas nk share benda-benda privacy. Tapi bila tengok blog orang len tantik-tantik, teringin la pulok kan. Tak pe, kita cuba tengok mlm ni apa jadik.

Mesti korang pening, 'tang' mana cerita bibir kering ni. Aku asyik merewang cerita lain je kan. Ok2 kita sambung tajuk hari ni. Aku memang ada masalah bibir kering ni dari kecik lagi. Letak la apa pun, lip gloss ke, lipstick ke, lip ice ke tetap tak nak jadi. Bukan setakat kering je, siap berdarah lagi sebab aku suka tarik. Adush..pedih beb. Tapi dah jadi habit. Acaner. Hehe. Ada sorang kawan aku  masa sekolah menengah dulu bagi petua, Syuhaida kot nama dia. Ada sesapa ingat tak? Huhu. Dia cakap bibir dia pun kering gak dulu. Tapi pas dia sapu madu, bibir dia dah ok sekarang ni. Aku pun cam interested dan nk try. Tapi sampai la umur dah 28 tahun, tak try-try gak. Sebab pe, sebab aku malas nk beli madu. Aku jarang makan madu, sebab tak nak bermadu. Ops...nauzubillah. Hehe gurau je, aku jarang makan madu ni. Pastu selalu mahal plak. Jadi asyik tertangguh je la.

Please click read more


Nak dijadikan cerita, baru-baru ni my beloved mama ada beli madu. Aku pun tetiba teringat petua kawan aku ni. Hah, cantik la..leh sapu kat bibir. Memula sapu rasa cam pelik je bibir aku ni. Rasa cam terjuih je cam Angelina Joli (urrgghhh perasan) haha. Pastu bibir kering tu rasa kasar je. Aku biar je. Bila dah lelama skit, aku rasa bibir aku makin selesa. Dah kurang kering. Esoknya pulak, lembab je bibir, then tengahari tu, rasa kering sikit-sikit. Then, aku apply lagi madu tu sekali lagi. Hari ni dah makin kurang. Wahh bestnyer. Tak payah bazir duit banyak-banyak beli produk-produk tertentu. Letak madu je, sedap plak tu. Ce korang try, tak rugi. Madu sekarang dah banyak dalam pasaran. Harga pun ok je dan baik untuk kesihatan. Makanan saranan Rasulullah S.A.W.

Okay la geng, Aku nk apply madu lagi ni kat my lips pastu nak tido la, letih baru balik dari dusun. Nanti aku cerita pengalaman kat dusun untuk next entry k..insha Allah. Okay peeps..nite. Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...