Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 5, 2013

Review Majlis Pertunangan #2: Vendor

Tanggal 5 Oktober 2013, makanya aku pun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati yang kini bergelar Hincik Tunang. Hihi. Alhamdulillah. Mudah-mudahan urusan selepas ini dipermudahkan. Aminnn. Entry lepas aku ada cerita persiapan majlis pertunangan yang memenatkan tu kan. Aku banyak mengeluh je kan entry lepas. Tak tau bersyukur langsung. Wacaaaa!

Ampun dan maaf dipinta pada saudara mara dan kengkawan yang telah banyak membantu tapi aku tak mention pun. Aku asyik marah je sampai lupa nak say thanks. Aku emo sangat masa tu.Ingat tak lagi aku ada sebut pasal saudara mara dekat yang "no komen" tu? Kalau tak ingat baca sini. Waduh2 bukan semua ya. Segelintir je. Tak termasuk family Mak Teh dan Pak Andak:) A big thanks to mak sedara yang tersayang dan family iaitu Mak Teh aku dan sepupu aku yang bernama Mahathir dan isteri serta anak. Terima kasih kerana sudi datang dan banyak membantu. Then bawak macam-macam buah tangan lagi. Sorry sangat hari tu tak sempat nak snap pic sesama sebab cam klang kabut sangat hari tu. Otak jadi blur jap. Sempat snap dengan anak kome je. So cute. Hehe. Nanti masa kawin, kita snap pic ramai-ramai tau. Then, thanks jugak dekat Pak Andak dan family sebab datang dua kali. 1st, masa majlis tahlil dan kenduri arwah. 2nd masa majlis pertunangan aku. Ni je la bapa sedara yang tinggal termasuk mama, out of 7. Yang lain dah meninggal dunia :(

Ok, dah setel permohonan maaf secara terbuka. Hehe. Aku ni kadang-kadang otak blur jap. Cakap ikut emosi je kan, pastu banyak yang lupa nak sebut. SORRY TAU! Berbalik kepada hari pertunangan tu, kali ni aku nak cerita sekitar majlis pertunangan ni dan vendor yang aku pilih bagi merealisasikan impian aku yang tak seberapa ni. Hehe. Majlis aku ni start selepas Zohor, plan asalnya lebih kurang pukul 3 petang. Tapi disebabkan beberapa masalah, terpaksa diawalkan. Seawal pagi mama dengan kakak ipar aku dah busy memasak. Sayang u olls ketat2:) Kitorang buat simple je, bihun goreng dengan kuih. Just a small ceremony. Tak de khemah apa pun. Aku apa lagi kan..jaga badan je lah. Huhu. Ok, tak nak cakap banyak, jom kita review.
Teruskan membaca click read more

Tuesday, October 22, 2013

Review Majlis Pertunangan #1-Very Tiring Yet Precious Moments

Fuhh penat gilos! Eh, lupa plak! Assalamualaikum readers. Sihat tak u olls? Kiter sihat je tapi penat. Mahap la sesangat sebab slalu tak leh nk update blog ceciput ni. Dok janji nk update at least satu article sehari pun tak dapek. Apa nk buat busy dengan thesis and persiapan majlis pertunanganku. Apa?? Dah nak tunang? Eh, bukan muda lagi ka? kikiki sangat muda la u olls. I baru 19 tahun. Perasan sangat! Sila jangan muntah. Kuang kuang kuang :p

Okies berbalik kepada persiapan tunang tadi, mak penat gila nyah. Huhu. Aku ingat, kemas-kemas rumah ni kejap je. Rupa-rupanya banyak benda nak buat. Baju, mini pelamin, make up aku dah survey dan book awal-awal sebab tak nak klang kabut kan. (Next entry aku akan review vendor-vendor ni k). Kemas rumah dan mengecat je pun tapi punya la penat dan tak sempat nak buat semua tu. Phewww. Seminggu gak la nk buat semua tu plus benda-benda yang aku DIY cam beli barang hantaran, hias hantaran, kemas bilik, beli barang makanan becoz my mom akan masak sendiri for the kenduri. DIY sbb bajet ciput yunk. Yang mana leh save tu, aku cuba save. Kalau dah mintak tolong, orang tak nak tolong, terpaksa la aku upah orang. Apo nak buek. "Ko cakap tadi banyak keje Mia, sikit je pun. Ala..kalau family kitorang, buat ramai-ramai tak la penat,". Haaa meh sini nak story apa yang terjadi.
  
Please click read more 


Saturday, October 12, 2013

Tips Kuruskan Badan dan Kecantikan Sebelum Kawen Part 1

Salam dan hai3 u olls.

Musim mengawan dah nak menjelma tak lama lagi. Haha fahamkan maksud aku. Musim kenduri la bila cuti sekolah. Mesti korang dah fikir lain kan? Haaa :p Tapi yang pasti bakal-bakal pengantin mesti tengah berusaha nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak tu kan? Kurus tak bermakna cantik..betul3, tapi kan buatnya baju pengantin korang tak muat. Haaa tu masalah tu. Kena control makan dari sekarang dah u olls.Sekarang dah bulan September..dah tinggal berapa bulan ja lagi ni. Aku bukan nak kutuk orang berbadan besar tapi ni untuk kesihatan jugak. Aku pun gemoks la. Huhu..tengah berusaha ni. Jom kita pakat berusaha secara berjemaah baru best skit.

Lagi satu ialah masalah kulit muka. Semua bakal pengantin mengidamkan kulit muka yg gebus. Macam mana nak buat ni? Buh klorox ka? ishhhh haha itu buh di baju ja la. Cemana nak buat muka jadi gebusss dan mulus ni? Nak tau tips tak? Tips ni kebanyakannya dari page KEVIN ZAHRI dan tambah-tambah sikit dengan pengalaman aku. Thanks Kevin! Jom tgk!

Kuruskan Badan
Makan 5-7 hidangan kecil 
Haa kawan-kawan selalunya kita makan 3 pinggan sekaligus kan? Aik tak ngaku? Hah aku? Oh No no no. Aku makan sepinggan je uolls. Tapi gems (gemuk) gak. Hehe.




Jangan skip hidangan
Jangan tak makan. Ini dipanggil penyakit angau. Sangat-sangat merbahaya tuanku. Hahaha dialog P Ramlee dalam Nujum Pak Belalang. Kalau skip hidangan, metabolisme badan akan menurun. Makan je tapi kuantiti yang kecil.
Elakkan kalori daripada minuman
Ni bagi penggemar minuman bikarbonat like Pepsi, Coke, etc. Gula tinggi ko. Tak boleh.
Minum air mineral
Ni wajibal qhunnah tau. Sekurang-kurangnya 9 gelas sehari atau lebih. Aku minum 3-4 liter sehari tau. Kau mampu? Hehe
Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan
Ni banyak orang tak tau. Kalau dah kurang makan makanan yang mengenyangkan, dia asyik makan buah je melampau2. Weyyy jangan weyy. Buah-buahan pun ada karbohidrat tinggi macam makan nasi. Cth macam pisang, mangga, durian. Manis-manis plak tu. Boleh makan tapi berpada-pada ye u olls.
Segenggam tangan karbohidrat. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup
Ni penting. Kurangkan karbohidrat, tingkatkan pengambilan protein. Karbohidrat setakat segenggam je u olls. Tak boleh lebih. Ni sampai 3 pinggan. Ish3. Eh bukan kita la.. jiran sebelah rumah ni ha. Huhu. Banyakkan protein macam ikan, ayam, telur dan sebagainya. 
Bersenam..bersenam..bersenam 
Yezzaa ni paling penting. Kalau tak macam mana nak bakar lemak-lemak terbiar tu? Jom musnahkan lemak. Tak semestinya senaman yang berat-berat dan lama. Cukup 20 minit setiap sesi 2 kali seminggu. Yang penting kosisten. Yeahhh kita boleh. Saranan aku senaman kardio. Boleh download kat you tube. Senama Jilian Michaels superb. http://www.youtube.com/watch?v=1Pc-NizMgg8

Supplemen dan makanan tambahan   
Supplemen ni penting untuk support badan kita tau u olls. Kalau diet tak dak supplemen, kita akan rasa kurang tenaga sebab zat kurang. Ni part paling best. Sebab aku akan mengrekomenkan (perkataan baru) haha supplemen yang aku sedang ambik sekarang. Sangat bagus dan selamat. Jeng3 apa tu? Shaklee la u olls. Nak mempercepatkan proses penurunan berat badan dan bagi firm body kita ni..aku memang suggest sangat2 korang ambik supplemen ni.Tak berbahaya dan selamat. Berasaskan bahan semula jadi, no drugs. Tu yang paling penting. Aku ambik produk ni since aku nak bertunang and surprisingly I have loose my weight. Sekarang aku SID Shaklee. For more information, just sms/whatsapp me k. 019-5253783 Mia.

*Ni sebenarnya nak promote product ke hape ni. Sharing is Caring You Olls.
 

Saturday, July 20, 2013

Nak Kurus! Nak Kulit Cantik Flawless! ... "My 1st Trial"

Hai uollz. Assalamualaikum Warahmatullah,

Semua wanita di Malaysia sekarang ni nak kurus dan kulit flawless kan. Cam aku la. Bak kata org Kedah, lambat lepa ja orang iklan, mesti nak beli. Berapa RM dah aku abis sebab ni. Rugi duit je rasa kadang-kadang tapi sebab nak cantik kan? Cantik ke I? Hikhik perasannnn sangat. Cantik kan subjektif, lebih utama untuk kesihatan. Dah macam-macam produk aku try. Kadang-kadang macam tak rasa apa-apa je. Frust, tapi aku keep going, don't simply quit sebab kita kena berusaha sampai dapat jumpa dengan produk yang sesuai dan efektif. Finally I found it. Produk apa tu ye? Jeng..jeng..jeng...surprise.

Please click read more

Thursday, July 18, 2013

I Have To Block You My Dear Friend Lah Sangat!

Assalamualaikum Warahwatullah,
Bersua lagi kita dalam rancangan..Ape-ape jelah. Haha mengarut je aku kan? Just be myself. Tak payah tiru-tiru or berlakon kan. Yezza. Mesti korang pelik dengan tajuk entry aku kali ni? Block apa pulak ni? Kita kan antara pengguna Facebook tegar. So, gunakan la apa application yang ada dalam tu. Ok cut it short. Aku sudah berada di tahap kesabaran paling maksima melayan kerenah kawan-kawan. Bila dah pissed off..maka begini la jadinya. Kena la block dengan aku.


Alkisahnya begini. Kawan aku ni kira antara kawan baik aku masa degree dulu. Aku pun tak sangka perangai dia macam ni. Ku kira dia baik dan peramah sangat. Rupa-rupanya aku salah sangka la geng. Dia kawan masa senang je. Bila kita berkepentingan, baru dia baik sangat-sangat dengan kita. Masa aku susah dulu..dia sampai tak nak bercakap dengan aku even kami sebilik. Waktu tu aku sewa satu bilik dengan dia. 1st month kerja, jadinya gaji lom dapat. Aku tak dapat bayar sewa rumah dan aku minta tolong dia bayarkan dulu. Tapi aku dah mentioned awal-awal yang aku tak mampu bayar masa tu. Aku ingat nak tumpang tidur je kat ruang tamu rumah dia. Aku bayar la murah sikit kan. Tapi dia cakap tak pe dia tolong bayarkan sebab dia perlukan roomate waktu tu. Aku pun ok la kan. Tapi lepas tu lain jadinya. Sedih aku nak cerita. Tapi aku nak cerita gak. Hehe. Haip sedih-sedih mana boleh gelak.

Please click read more  

Thursday, July 4, 2013

Cara Mengatasi Bibir Kering

Assalamualaikum Warahmatullah..
Apa mimpi malam ni kan tetiba hupdate blog. Blog ni dah lebih tahap bersawang dah. Dah kena cat balik dah ni. Lama sangat tak berblogging. Hehehe. Asyik jadik silent reader jer kan. Sebab rasa cam malas nk share benda-benda privacy. Tapi bila tengok blog orang len tantik-tantik, teringin la pulok kan. Tak pe, kita cuba tengok mlm ni apa jadik.

Mesti korang pening, 'tang' mana cerita bibir kering ni. Aku asyik merewang cerita lain je kan. Ok2 kita sambung tajuk hari ni. Aku memang ada masalah bibir kering ni dari kecik lagi. Letak la apa pun, lip gloss ke, lipstick ke, lip ice ke tetap tak nak jadi. Bukan setakat kering je, siap berdarah lagi sebab aku suka tarik. Adush..pedih beb. Tapi dah jadi habit. Acaner. Hehe. Ada sorang kawan aku  masa sekolah menengah dulu bagi petua, Syuhaida kot nama dia. Ada sesapa ingat tak? Huhu. Dia cakap bibir dia pun kering gak dulu. Tapi pas dia sapu madu, bibir dia dah ok sekarang ni. Aku pun cam interested dan nk try. Tapi sampai la umur dah 28 tahun, tak try-try gak. Sebab pe, sebab aku malas nk beli madu. Aku jarang makan madu, sebab tak nak bermadu. Ops...nauzubillah. Hehe gurau je, aku jarang makan madu ni. Pastu selalu mahal plak. Jadi asyik tertangguh je la.

Please click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...