Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Sunday, April 27, 2014

B2B yang Tertekan Menjelang Hari Perkahwinan

Salam readers. Haa tengok tajuk pun dah tau pasal apa kan. Sekarang kan baru 4 bulan aku kawin, still honeymoon lagi uools. So tajuk pun masih berkisar berkenaan perkahwinan la jugak kan. Review kawin pun ko belum buat, ko melalut mende lain dulu ye Mia. Hehehe. Aku mengarang ikut mood, kalau mood aku jadi maad, makanya tak tertunai lagi lah misi nak update pasal majlis perkahwinan aku ni. Tgguuuu.
Okeh, pasal pengantin tertekan ni, jawapannya adalah it is about your  plan and time management. Ha kau keluar bahasa omputih dah.  Sekali sekala kan. Hihi. Aku dulu start plan pasal majlis kawin setahun sebelum majlis dan start booking 6 bulan sebelum majlis. Aku dah start buat research dah pasal kawin. Buka dan baca blog-blog yang cerita pasal pengalaman persiapan majlis dorang. Dari situ aku dapat banyak maklumat dari checklist sampailah baju, make up, katering dan lain-lain. Ko kiah..jangan lagi dua bulan nak kawin baru nk booking bagai. Tak sempat cik kiah oii. Huhu. Nak nak plak kawin masa musim mengawan,memang idak le dapat booking vendor yang korang minat. Kadang-kadang main tangkap muat. Jangan ko nangis masa majlis udah le sebab semua klang kabut jadinya. Tapi itu pun berbalik kepada rezeki dan nasib la jugak kan. Kalau plan dasyat bagai tp end up vendor buat cincai boncai. Tak jadi jugak le. Apa-apa pun kita cuba buat yang terbaik dan plan sehabis baik k:) Aku plak jenis minat event management. So, aku rasa happy arrange sendiri majlis kawin aku dan suami. Sebab kami buat majlis resepsi satu je. Kitorang sekampung, jadinya buat kat dewan jek satu majlis. Senang dan jimat kiah oiii. Hehe. Tak menyusahkan family dan puas hati sangat-sangat. Ok jom tengok tips-tips b2b untuk persiapan majlis perkahwinan.

please click read more
 

Survey & Checklist
Yesssss..ini paling mustahak. Bagi mengelakkan korang cemas dan tertekan, better korang ada plan dan buat checklist. First survey segala benda yang ada dalam checklist korang. Survey kat Internet atau tanya kawan-kawan yang berpengalaman.  Kemudian tulis apa benda yang korang nak buat dan target bila benda tu akan siap. Itu mengelakkan korang terlupa benda yang korang nak buat. List kan barang yang nak dibeli, servis yang nak booking, dan bajet serta costing. Segala maknena resit yang korang booking tu, letak dalam satu fail. Aku siap ada fail yang aku hias cantik-cantik dan resit aku lekat dekat kertas A4 dan letak dalam fail tu. Siap tag lagi. Sampai akak kat butik pengantin tu terkejut tengok fail aku. Dasyat katernyer, huhu. Nampak macam renyah kan, tapi ni semua memudahkan hampa dan elak hampa stress di pertengahan jalan. Ok, ni contoh check list aku. Ni pun aku google dalam blog b2b dan edit ikut apa yang aku nak. Kredit tu them, tapi maap lah tuan tanah kedaung, aku lupa blog mana aku terjah hari tu. Hehe. Korang google check list kawin, mesti jumpa punyer.

8-6 BULAN SEBELUM
Berbincang hal2 perkahwinan dengan keluarga kedua2 belah pihak pengantin
Menentukan perbelanjaan yang akan dkeluarkan oleh kedua2 belah pihak pengantin utk majlis
Tentukan lokasi majlis perkahwinan dan tempah jika perlu
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan(kwn, majalah, Internet)
Tempah jurusolek utk majlis anda

Mencari rumah baru-sewa/beli
Kenal pasti Jabatan Agama Islam/lain2 utk kursus perkahwinan dan daftar perkahwinan
Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur)
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan persalinan diingini termasuk tudung



5-4 BULAN SEBELUM

Kursus Pra Perkahwinan
Me
Him



Menempah juruphoto
Nikah dan outdoor
Resepsi dan outdoor


Membeli rantai tangan utk pembatalan air sembahyang

Membeli cincin nikah utk lelaki



Tempah katerer dan menu
Nikah
Resepsi


Menyenaraikan tetamu yg nk dijemput
Tempah pelamin
Tempah DJ & PA system

Tempah kompang
Tempah kek
Beli bunga telur/bunga pahar



5-4 BULAN SEBELUM
Beli bunga manggar



Beli/tempah doorgift

Adults-

Kids-sweets

Wrapper



Tempah henna/inai-DIY

Sediakan aturcara majlis

Pembahagian tugas
Sediakan langsir bilik/rumah



3 BULAN SEBELUM (SEPTEMBER 2013)

Fitting baju nikah dan resepsi

Follow up dgn butik
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin
Beli cadar bilik pengantin dan wangian bilik
Tempah banner/bunting/signage
Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di hospital kerajaan

Sediakan surat akuan bujang

Hantar dokumen untuk mempercepatkan proses di Jabatan Agama Islam
Surat kenenaran KAGAT(lelaki)
Kursus Kahwin
HIV Test

Borang kebenaran nikah

Surat akuan bujang

Booking Tok Kadi
Beritahu saudara mara tentang majlis anda

Kenal pasti saudara mara yg akan ikut rombongan lelaki&perempuan

Kenal pasti dua orang saksi utk majlis pernikahan anda.

Wali nikah-abg

Beli button badge utk family
Beli barang2 hantaran



2-1 BULAN SEBELUM (OKTOBER-DISEMBER 2013)

Fitting baju nikah dan resepsi (final) beserta tudung, kasut, veil, payung(lengkap)

Facial

Spa/body treatment

Hair treatment

Membeli barang kemas
Tentukan pengapit-Myra

Menghantar kad jemputan/fb

Merujuk kepada Jabatan Agama Islam utk proses pendaftaran pernikahan

Lingerie

Follow up butik, MUA dan Katering

Settle payment dgn semua vendor&make sure hantaran lengkap

3 MINGGU SEBELUM (6 DISEMBER 2013)

Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil sekiranya berpuas hati

Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barangan anda semasa majlis itu nanti

Hubungi vendor utk pengesahan

Pastikan gubahan hantaran siap



3 HARI SEBELUM (23 DISEMBER 2013)

Ambil baju resepsi di Alor Setar (minta tolong abang teman)

Pasang pelamin

Sediakan seterika, iron board, cermin, jarum, benang dan kerongsang utk emergency

Jika perlu, igtkan tetamu tentang majlis anda

Hubungi jurufoto dan vendor lain2 dan minta dtg awal pada majlis tersebut

Packing barang2 yang perlu dibawa ke majlis tersebut, elak berlaku kekalutan dan ada yg tertinggal

Pedicure-manicure

Inai

Kenal pasti siapa penyambut tetamu pada hari perkahwinan

Bilik pengantin siap dikemas

Doorgift siap

Bunting, banner dan bunga manggar siap dipasang

Bunga tangan fresh flower(roses)

Tidur awal utk kesegaran



PADA HARI PERKAHWINAN (27 DISEMBER 2013)

Bawa IC semasa akad nikah

Bayaran upah untuk tok kadi

Ambil sarapan seawal tujuh pagi utk stamina dan mengelakkan lapar, mengantuk dan tidak bermaya

Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda, sentiasa tersenyum

Pastikan majlis berjalan lancar seperti yang telah dirancang

Pastikan anda on time

Pastikan anda bersiap seawal satu setengah jam sebelum pengantin lelaki datang



3 HARI SELEPAS PERKAHWINAN

Kunjungi sanak saudara



  
Baju
Benda yang aku survey paling banyak ialah pasal baju pengantin, make up, pelamin dan OP. Bagi aku keempat-empat ni penting sebab korang kan nak jadi permaisuri satu hari tu, nak ambik pic lagi. Semua ni penting sangat sebab nak nampak cantik dan kenangan tu akan terpahat sampai bila-bila dalam album. Kena berhati-hati pilih tailor/butik. Survey dulu kat Internet. Zaman sekarang ni ada website, Facebook, kebanyakan butik akan ada akaun-akaun ni. Tengok kerja tangan dia ok ke tak/on time siap ke tak, tengok review customer dia sebelum ni. Kadang-kadang memang customer ada complain dalam fb akaun/blog b2b. Jadi kita dah boleh take note. Baju pengantin pun kena survey trend terkini dan baju macam mana yang elok dengan body type kita. Bukan apa, takut tertipu dengan butik. For muslimah b2b, jangan jadi fashion victim. Less is more. Korang kena tau material yang sesuai untuk tutup aurat dengan sempurna. Make sure jangan material yang jarang. Pegi survey sendiri butik-butik yang ada dalam checklist korang. Nak pegi butik yang jauh dari kawasan rumah korang, boleh je. Tapi pastikan dorang boleh datang ke rumah u olls setup apa-apa nanti. Macam biasa, kalau jauh sikit, ada transportation cost la dear. Minta quotation kalau boleh sebab nak buat perbandingan. Sesetengah butik bagi u olls try baju-baju yang dah siap. Try je tengok ok ke tak. Nanti balik, buat perbandingan harga pastu decide. Macam aku dulu, baju aku tempah asing. Tak buat kat butik. Kalau buat kat butik selalunya lagi murah sebab dia kira package.


MUA
Untuk make up plak, bagi aku tersangat la penting. Jangan main hambek ja MUA yang butik suggest, nanti korang tak tau macam mana muka korang dikerjakan. Peluh sikit,muka korang dah jadi macam pecah-pecah. Tak cantik tak cantik. Walaupun kita muslimah, make up yang natural/soft pun perlu diberi keutamaan jugak. Sebab tak nak la muka berminyak masa ambik gambar kan. Kening kalau tak nak shave pun ada MUA yang boleh sembunyikan kening u olls. Tapi tak ramai MUA yang tau benda ni. U olls kena tanya kalau dia tak bgtau hokay. For muslimah, kalau korang tak nak jugak make up, its up to u:) Survey mak andam-mak andam yang make up dia fabulous, tahan lama dan paling penting korang minat dan bertepatan dengan bajet korang. Kena pandai-pandai cari, dapat je yang berpatutan dan make up very de marbelous u olls. Nanti aku share MUA aku k. Tapi ni area utara je la ek. Kalau korang jenis ambik semua kat satu butik, make sure MUA yang dorang suggest tu, korang tengok dulu kerja tangan dia. For sure dia akan ada fb akaun dan post gambar-gambar pengantin kat situ. Kalau tak ada tu, agak risau di situ. Pernah jadi masa kawan aku tunang dekat Alor Setar, ambik make up dekat butik (City Plaza), butik besar, tengok pun dasyat. Harga baju meletop u olls. Masa tu dorang buat promotion RM50/RM 100 untuk tunang. Ingatkan owner dia make up, kawan aku cakap nampak cantik kerja tangan dia sebelum ni. Rupa-rupanya masa kami pegi tu, pekerja dia yang still junior tu yang make up. Dah la datang lambat, make up pun biasa-biasa je. Kami tunggu berjam-jam kat butik sebab staff dia datang lambat. Kawan aku bertunang tengahari. Pukul 10am pun tak datang lagi bukak kedai, padahal dah janji. Hai hilang sabar jugak aku waktu tu. Kesian kawan aku. Pihak lelaki sampai dulu dari kitorang. Jadi hati-hati ye. Tanya betul-betul dulu. Tak nak la nanti muka korang dah macam apa dorang conteng, korang xpuas hati dan emosi korang akan terganggu. Gambar kawin tak cantik hoccay.

Pelamin
Ohh my ni pun penting gak ni bagi aku. Aku guna pelamin ni masa majlis resepsi je. Masa majlis akad nikah, aku ambik gambar kat masjid je. Tak da pelamin bagai. Aku rasa macam membazir jek. Amik gmbar kat masjid pastu outdoor. Sebab sekejap je kan. Kalau aku ada bajet, maybe la buat skit. Tapi memandangkan bajet banyak untuk honeymoon dan rasa rugi buat pelamin nikah, aku tak buat lah. Hehe. Pelamin ni sangat penting untuk aku only for one reason. Nak nampak cantik dalam gambar. Tu jek, tak semestinya mahal tapi janji cantik. Heeee. Aku ni cerewet skit bab-bab ni. Aku guna pelamin just untuk bergambar je, tak de la nak merenjis, bersanding. Sebab ikut agama, benda tu tak elok kan. Pastikan pelamin dorang buat sebelum ni cantik, trendy, dan harga berpatutan dengan design yang dorang buat. Sebab tu aku gi survey kat kedai plus dekat Internet. Tengok pelamin macam mana yang dorang offer. Bandingkan harga dengan butik lain. Kalau aku, aku suka pilih design yang orang jarang buat lagi tpi cantik. Maksudnya pada pandangan mata aku, design tu belum obsolete. Kalau kita rajin survey, kita dah boleh agak design mana yang agak outdated. Design yang outdated, harga package murah sikit dear. Kalau butik charge mahal, memang butik tu nak tipu korang. Itu tujuannya. Masa deal dengan butik, tunjukkan kesungguhan dan cuba tawar sikit. Tapi agak-agak la kan, jangan la murah sangat tawarnya, nanti barang dan servis murah yang ko dapat kiah. Hehehe. Butik yang baik, dia tak akan kedekut dan akan bantu korang dengan bajet korang. Penting survey butik yang tip top servis dia. Once again through their customer’s comment and feedback. Bagi yang tak ada pelamin, boleh jugak hias bilik u olls. Tapi macam biasa, apa-apa hal pun berbalik kepada nasib dan doa u olls. Doakan yang terbaik. Semoga Allah permudahkan urusan u olls nak membina masjid.

OP
Yang ni lagi satu benda yang korang kena survey betul-betul. Tengok pic yang photographer ni ambik sebelum ni. Cantik dan berpatutan tak dengan harga. Tengok cara dia promote melalui facebook, term and condition dia, once again, customer’s feedbacks and comments. Bandingkan dengan photographer lain. OP aku, skali aku tengok je, dah jatuh hati. Terus booking Kiah. Sebelum ni aku ada la tengok photographer lain punya hasil kerja, tpi aku minat hasil kerja OP aku lagi. Harga pun bagi aku ok, berpatutan dengan hasil kerja dia. Ohsem dan servis memang tiptop. On time. Tunggu review pasal OP aku nanti ye.

So, aku rasa ini je lah yang paling penting bagi aku. Yang lain-lain tu kena survey jugak tapi priority tu kurang la sikit kan. Selamat merancang majlis perkahwinan u olls. Jangan stress, cool down. Nanti bila stress, u akan jadi klang kabut dan lupa benda-benda penting masa majlis ni berlangsung. Just enjoy your b2b time of planning your own solemnization and reception. Nak hire I jadik wedding planner kecil2an pun boleh u olls. I likeeeee
p/s: u olls lupa nk bgtau. Nak lagi senang, pegi pameran pengantin. Kebanyakan butik ada kat situ at the same time. U olls kena alert dengan event tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...