Our E-D

Daisypath Anniversary tickers

Our W-D

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, April 2, 2014

Wedding Preparation: Kursus Perkahwinan di Sungai Petani

Assalamualaikum,
Wahhh tengok tajuk pun dah gigih nampak nak kawin. Bukan memang lagi. dah selamat dah pun. Dek kerana kebizian(busy, huhu) menguruskan majlis perkahwinan sendiri dan menghabiskan sisa-sisa thesis, maka article ni terperuk je la dalam inbox. Walaupun dah selamat, aku nak jugak share pengalaman pi kursus perkahwinan ni untuk b2b di luar sana yang nak tau tentang ni. Banyak jugak exb2b yang share pasal ni sebab aku dulu pn cari info jugak kan sebelum mendaftar. Tapi ni versi aku pulak kan. Lain tempat lain cara dia. 

Untuk kawasan Sungai Petani dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, kursus perkahwinan ni selalunya dianjurkan oleh Hasani. Saper yang dok SP mesti tau sapa Hasani ni. Kalau tak kenai, jangan dok SP. Yang hampa dok beli buku teks slama ni kat mana? Hasani la..jangan dok buat tak kenai plak. Haaa keluaq dah bahasa utagha. Ngeh ngeh. Senang nak berurusan dengan Hasani ni. Untuk kursus perkahwinan ni, ada setiap minggu, hari Sabtu dan Ahad. Jadi tak ada masalah dengan cuti sebab dah cuti kan kecuali cikgu cikgi lah sebab Ahad kerja. Bayaran RM80 sahaja. Tempat kursus selesa, senang parking, tempat makan dekat. Penceramah pun best, lawak je, so tak boring. Aku dulu register online je, nanti pekerja dia yang comey lotei akan phone you olls untuk verify. Hasani ni bukan kat SP ja, tempat lain pun ada macam kat Ipoh dll. Ni maklumat kalau u olls nak baca lebih lanjut.

Bukan bangunan ni untuk kursus kawin, bangunan lagi satu berdepan dengan Central Square SP

Tel: 04-4238811

Nak pergi sorang boleh berdua dengan tunang masing2 boleh nak bertiga pun boleh. Bukan syaiton ye..kawan-kawan u olls la. Cuma kalau datang dengan tunang tu, jangan la naik motor bersama. Belum sah lagi kan. Nanti takut ustaz tegur dan paling penting elakkan dosa sebab kita nak buat benda yang baik kan. Masa aku dulu, aku pergi dengan adik angkat aku yg perempuan je sebab hincik tunang tak dapat pegi. Hukhuk. Pegi sama-sama bagus u olls boleh sama-sama mengingatkan. Haaa lagi satu aku tau apa yang bermain di fikiran korang. Mesti nak tau ada interview ke tak kan. Ada u olls, saper fail, tak boleh kawin. Huhuhu gurau je..tak ader pun interview. Dalam itenary dia ada LDK (Latihan Dalam Kelas), tapi just untuk sesaje je..latihan biasa. Baik korang pegi sekarang sementara dorang tak tukar law lagi.  Sijil ni tak ader tarikh luput tau. Baik pegi awal-awal, nanti senang. Dah settle mcm aku. Hehehe.

Aku tak ambik pic pun masa ni, al malas la plak kan. Dah jarang berblogger, so tak rasa nak bergambo. Ni aku share sikit pic dari website Hasani. Sijil dapat hari akhir kursus. Sangat simple. Ramai orang Penang datang SP ni semata-mata nak datang berkursus. Mudah katanya. So, apa lagi b2b semua, pakat pi ramai-ramai no.



Ni la bangunan yang aku cakap tadi:)
***Next entry will be permohonan kawin. Stay tuned:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...